hye blog readers =)
hehe kemain lama lagi chef menyepikan diri dari rancangan ni kan? hehe. pergi menuntut kat gua kejap. muahaha. kali ni chef kembali bersiaran lagi dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". aisehhh rindu pulak nak memasak ni. so kali ni chef nak kongsikan dengan u olls semua resepi Kuey Teow Kungfu (^_^)v. chef memang suka kuey teow kungfu ni. kalau pegi makan luar dengan family, selalu jugak order menu ni. sedap! so, chef pun try buat sendiri resepi ni and boleh letak macam2 yang kita suka kan? so, jom kita tengok bahan yang diperlukan.
bahan-bahan untuk kuah :
putik jagung, karot, kobis, kobis bunga, kailan
udang, sotong, ayam
bawang merah, bawang putih, cili padi
cili merah, cili benggala hijau
sos tiram
garam dan perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 sudu lada sulah
air
cara penyediaan :
- bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
- kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
- masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
- kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
- akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
bahan untuk kuey teow :
kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam
cara penyediaan :
- ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
- masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
- gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja.
akhir sekali masukkan kuey teow yang siap digoreng bersama telur tadi kedalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. siap! sangat sedap bila makan waktu tengah panas2. lagi2 sekarang ni musim hujan kan? apa kata, malam ni u olls try masak resepi Kuey Teow Kungfu (^_^)v ni. memang sedap dap dap. hehe
selamat mencuba! =)
No comments:
Post a Comment
ha...komen la pe yang nak dikomen nyer