hye blog readers =)
yeahhh drama terbaru Cinta Itu Milikku dari slot akasia tv3 akan bermula petang ni 12/11/2012 menggantikan drama Julia. drama bersiri 24 episod ini turut membariskan Emma Maembong, Fazreen Rafi dan Ana Dahlia sebagai penaraju utama di samping Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek dan ramai lagi. i jadik eksaited nak tengok drama ni sebab ada emma maembong. sebab die tu cantik lah. comel, putih melepak pulak lagi tu. huhu. entah lah. i suka. hehehe.
Sinopsis
Cinta Itu Milikku mengisahkan tentang Rania lakonan Emma Maembong iaitu anak kedua daripada 3 beradik dan bercinta dnegan Zafril (Fazreen Rafi). namun begitu, bekaz tunang zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan zafril bersama rania kerana dini menganggap bahawa rania telah merampas cintanya.
setelah rania dan zafril selamat diijab kabulkan, dni menjadi semakin marah dan mula menyimpan dendam. dini sanggup melakukan apa saja asalkan dapat membuat zafril kembali ke pangkuannya.
dini mendapat tahu rania mempunyai abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). dini memulakan permainannya dengan menggunakan ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga rania. sikap ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan dini untuk mendampinginya.
setelah berjaya menakluk hati ridzuan akhirnya dini berkahwin dengannya. zafril yang terkejut mendaoat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya dan merasakan dini mempunyai niat yang tak baik. namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah keluarga isterinya. begitu juga dengan rania dapat merasakan kehadiran dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat dini.
dini bukan sahaja berjaya memperdaya ridzuan malah semua ahli keluarga rania tertipu dengan sikap lemah lembut dini. apabila zafril keseorangan, dini akan mendekati zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. rania yang perasan akan kelakuan dini itu berasa kurang selesa.
ketika rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. suami yang dicintai telah terkorban dalan nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke KL. kematian zafril bukan sahaja meruntun hati rania. malah dini juga terasa kehilangan zafril dan sesungguhnya hati dini hancur luluh.
setelah lama kehilangan orang tersayang, rania berkahwin dengan Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. biar pun telah berkahwin, namun dalam hati rania masih bertakhta nama zafril. pada suatu hari, rania telah mendpaat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian zafril kepadanya. sapu tangan itu telah dibawa zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit dalam nahas kapal terbang. rania terkejut dan yakin bahawa zafril masih hidup.
ternyata sangkaan rania benar apabila mendapat tahu zafril masih hidup. rania yang amat rindukan zafril ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana rania telah menjadi isteri doktor shafiq.
apa yang akan terjadi seterusnya? adakah doktor shafiq sanggup melepaskan rania dan membiarkan isterinya bersama zafril? apakah punca yang mengakibatkan zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? adaakh kehilangan zafril mempunya kaitan dengan dini atau seseorang yang tidak disangka?
*****
menarik? tak sabar nak tengok? i jadik eksaited nak tunggu petang ni. sebab i memang suka layan drama dalam slot akasia ni. hehe nantikan drama ni setiap jam 7.00 pm isinin hingga khamis di tv3.
ok, bye
No comments:
Post a Comment
ha...komen la pe yang nak dikomen nyer