17 October 2012

Tips Kecantikan | Elakkan Muka Berminyak Selepas Bangun Tidur

hye blog readers =)

haha..rajin tak i update sekarang ni? semuanya sebab MR.SAM i. xkenal? korang boleh klik sini untuk maklumat lebih lanjut siapa MR.SAM i ni. hehe. ok2 i bukan nak cerita pasal MR.SAM ni, tapi i nak bagi tips kecantikan sikit dekat korang. tips kecantikan ni ikut cara i sendiri lah yang pada i berkesan.

so, sapa kat sini yang bila bangun tidur je, mesti... gerenti... muka berminyak punya? ok, i mengaku i mengalaminya. huhu. too bad. rasa nak pegang muka sendiri pas bangun tidur pun macam tak best je. berminyak kot. tapi syukur sebab muka i bukan jenis yang berjerawat. kalau berjerawat, i rasa mesti lagi teruk.

tapi cerita muka berminyak i lepas bangun tidur tu cerita dulu. sekarang tak lagi dah. sebab i dah jumpa solution yang paling mujarab untuk i yang mungkin korang jugak boleh ikut. fyi, i tak guna night cream yang banyak jual kat pasaran ni. sebab i rasa macam tak sesuai dengan kulit muka. so, apa yang i guna? jawapannya, BEDAK SEJUK. haaa tradisional sangat i kan?


kos untuk bedak sejuk tersangat lah murah. i beli bedak sejuk ni pun dekat kedai2 runcit biasa tu. hahaha. bedak sejuk ada 2 jenis kalau tak silap i. satu yang jenis biji2. satu lagi yang jenis cecair. tapi i lagi suka yang jenis biji2 camni sebab terasa ketradisonalnya. kekeke. amik beberapa bijik bedak sejuk, letak kat tapak tangan. then, amik air sikit hancurkan bedak sejuk tu. last sekali, haa tepek terus kat muka.


kah kah kah. exclusive sangat gambar ni kan. lepas pakai bedak sejuk tu, i memang kena terus tido. kalau dah pakai bedak sejuk lepas tu banyak cakap pulak, habis tertanggal2 bedak sejuk tu. hahaha. sapa yang pakai, mesti tau camna kan. fungsi bedak sejuk ni pada i, dia boleh menyerap minyak kat muka ni bila kita tengah tidur. bangun pagi je rasa muka memang tak berminyak. tu yang best tu. antara kebaikan lain bila pakai bedak sejuk ni adalah :
  • Melicinkan kulit muka - bedak sejuk ni dibuat daripada beras yang direndam. air basuhan beras kan baik untuk kulit muka, so konsep bedak sejuk tu sama lah kiranya.
  • Muka akan rasa segar dan tegang - sebab bila pakai bedak sejuk ni, rasa macam kulit muka kita ditegangkan. sebab untuk lepas pakai je, i terus tido. taknak cakap2 dah. heee
  • boleh tanggalkan sel kulit mati - masa tepekkan bedak sejuk ni ke muka, tekan sikit ala2 kita cuci muka dengan facial wash la. InsyaAllah sel2 kulit mati akan tertanggal.



taraaaa... nampak tak muka tak berminyak? hahaha. sorry2, ni selepas tepek muka dengan mekap sebab nak pegi kerja. hehe. sekadar nak tunjukkan riak wajah ceria pagi hari. so, tu dia tips kecantikan dari i untuk kali ni. sape2 ade idea lain, share lah. hehe.

ok, bye.

2 comments:

  1. bedak sejuk ni bagus..org dulu2 amalkan bedak sejuk je..kulit cantik dan lasak..;)

    ReplyDelete
  2. nens : yup... sebab tu orang dulu2 cantik je.. hehe

    ReplyDelete

ha...komen la pe yang nak dikomen nyer