hye blog readers =)
whoaaaa... sangat jarang i nak update blog di hari hujung minggu macam ni kan? hehe. tapi sebenarnya i excited nak update. just nak share dengan korang semua my new "baby" yang baru je berusia 2 hari dengan i. hik hik hik. gedik sangat bunyiknya tu. tapi xpelah. bukan selalu pun. muahahaha.
sapa yang ada baca entry i sebelum ni mesti perasan yang i ade berniat nak beli digital camera. tapi kalau korang tak perasan pun takpe. anggap je la yang baru je bagitau ni ha. ngee. tapi kenapa digital camera je? kenapa bukan dslr? huhu, untuk i cukuplah digital camera yang kecik comel lote tu sebab i bukannya pro sangat nak tangkap gambar ni. amatur tau. lagi pun i nak yang mudah dibawak kemana sahaja. muat masuk dalam handbag i tu. kalau dslr? haaa... pandai2 lah korang pikir ey.
hehe. so, sabtu lepas i pun survey2 dekat Lowyat camera yang bakal menjadi milik i. senang sikit kalau nak benda elektronik kalau kat Lowyat. bukan ape, senang nak tawar menawar daripada beli kat tempat2 yang macam takde persaingan. mahal! akhirnya digital camera yang berjaya mencuri hati i ni adalahhhh *bunyik drum* SAMSUNG DV300F DIGITAL CAMERA. so, i nak cerita sikit lah ape yang istimewanya digital camera ni.
model Samsung DV300F Digital Camera ni ada 2 kaler sebenarnya. hitam dengan merah. amacam? cantik tak? cantik tak? hehe. but mine, Merah lah. hehe.
haaa... kalau korang nak tau, digital camera ni ade dual LCD. belah belakang mestilah kena ada kan. tapi apa yang buat model ni menarik hati i adalah disebabkan oleh LCD depan tu. sape yang giler camera or camwhore muka sendiri sangatt sesuai lah. hahaha.
fuhhh i macam jadik jakun sikit bila camera ni ade wifi. hahaha. syok ooo. boleh terus upload ke fb, youtube, picasa, email, photobucket. canggih tak? haha. mana tak buat i jatuh cinta.
motion photo. korang boleh tangkap gambar yang sedang bergerak dengan keadaan sekeliling beku. maksudnya camtu lah kot. haha. yang ni i belum try lagi. tapi kalau i tangkap gambar kipas yang tengah berpusing, hasilnya, kipas tu macam berhenti tau. hebat tak? keh keh keh
ok i memang plan nak cari digital camera yang 16mp. and kamera ni memang kena dengan apa yang i nak. 5x zoom tu standard. lepas tu LCD belah belakang tu besar 25mm. so boleh tangkap gambar dengan background yang lebih luas. menarik!
bentuk fizikal camera yang mempunyai classic design. ala2 petak. i memang suka bentuk yang ala2 petak ni. i tak berminat sgt bentuk macam bujur and takde segi ni. tertarik hati i dengan model ni!
kalau untuk beginner, digital camera ni memang sangat sesuai. scene mode yang lengkap. video pulak dalam HD. auto program ade, custom program pun ade. so boleh pilih lah.
hahah camera ni banyak fuction tau. ade function funny face. and ade frame gambar sekali. menarik kan?
memang best digital camera ni sebab boleh edit terus dalam camera. time tangkap gambar pun kita boleh terus set nak edit gambar tu macam mana. hohoho. memang best!
and yang paling penting ada image stabilizer.
and this was exactly mine. let say hallo to my MR.SAM! hehehe. kan i ade cakap tadi, ade dua kaler. and i pilih merah.
hehehe. nak tau harga i beli? just RM555. within my budget lah around rm500-rm600. asalanya harga digital camera ni rm 600+ termasuk 4gb memary card. then i mintak kurang lagi. salesman bagi rm 580 with 4gb. pastu i mintak 8gb tapi nak kurang lagi harga. ok, salesman bagi rm560 dengan 8gb. tp i tamak nak kurang lagi. hahaha. i mintak rm550. last salesman bagi rm555. ok la.... rm5 bagi die buat duit minum. see, senangkan nak tawar menawar. tapi kena pandai lah.
Alhamdulillah dapat beli digital camera yang kena dengan requirement yang i tetapkan and yang paling penting budget. hehe. lepas ni, InsyaAllah makin rajinlah i update belog buruk yang nak bersawang ni. hehe.
ok, bye.
No comments:
Post a Comment