**Berita Terbaru Blogger Lain**

12 August 2011

[ Kenangan @ UKM | Puasa Tahun Kedua di UKM ]

hai bloggers =)
masuk tahun kedua i puasa dekat UKM, i dah pindah bilik. dah tak duduk kat bilik mase i first year dulu. second year, bilik i dah macam rumah dah. ade dua bilik, kawasan belajar, kawasan dapur dan jugak toilet. so, satu bilik tu ade dua orang. maknenye satu rumah tu ade 4 orang lah kan. i still dengan rumet lame. kebetulan pulak kitorang still bersama. hehehe. then i ada lagi 2 orang hosmet baru. sorang bakal lawyer, sorang lagi bakal cikgu. hehehe. nak kenal sape diorang?

kak janah(bakal cikgu), wany(rumet lame), ain(bakal lawyer)

biasanya waktu sahur, macam tahun dulu jugak, wany yang sangat setia untuk kejut i bangun. bukan setakat kejut je, tapi wany siap buatkan roti bakar lagi untuk i. korang ade ke rumet camni? ngeee. roti bakar tu dalam die letak coklat Nutella tu. meleleh ayaq liuq weyh. dengan muka mamai, gagahkan jugak makan roti tu. tapi, pembakar roti tu dah kene kebas dengan makcik cleaner. so sad =(


tapi kalau i stay up malam tu, baru lah i yang kejut wany pulak. pernah jugak time sahur buat lempeng dengan sambal ikan bilis. memang sedap. almaklumlah, dah ade dapur kan. so boleh lah bawak kuali and bahan masakan semua. bila dah masuk second year ni, i dengan A.L.L T.O.G.E.T.H.E.R bilik masing2 dah jauh. kecuali i dengan wany je still rumet. so i plan dengan wany, untuk sahur bersama dengan diorang semua. biasalah, nak kejut orang tido kan liat giler. hehehe. akhirnya, plan tu pun menjadik.


maka tempat yang kami tuju, tak lain tak bukan, MCD. sampai azan kitorang kat sane. hehehe. sampai pekerja kat MCD tu macam nak halau kitorang je. bayangkanlah, time ni yang ade kereta cuma wany sorang je. kitorang sumbat sekali 6 orang ni dalam kereta wany. kereta kancil pulak tu. hahaha. padat memang padat lah kan. kekekeke

waktu siang tak banyak benda yang kami buat. yelah puasa kan. pegi kelas then balik kelas. study tak sampai 1 jam, tido mawu dekat 2 jam. hahaha. rindunya zaman belajar dulu2.

bila petang dalam kul 6pm, baru gerak g bazar kalau tibe2 macam teringin nak makan something. kalau masa first year dulu g bazar naik bas. sekarang dah second year, wany pun dah ade kereta kancil die tu baru lah boleh pegi bazar kat tempat lain. selalunya kitorang tuju bazar kat sek16 bangi. takpun, dekat pkns. rambang mata wooo bila dah sampai bazar ni. hehehe. tapi kitorang mesti takkan beli air. sebab kat rumah dah ade kordial oren, sirap, ribena, teh uncang. haaa banyakkan pilihan kitorang? so balik dari bazar, singgah cafe beli ais je. balik rumah buat air sendiri lagi sedap.


walaupun rumah i ade 4 orang semuanya, tapi susah sangat 4 orang ni nak berbuka puasa bersama. selalunya, ain akan buka puasa dengan coursemate die. tinggallah i dengan wany dengan kak janah. selalu baca doa buka puasa kak janah sebab die paling tua. hahaha.

lepas berbuka, kitorang solat maghrib. macam tahun sebelum ni jugak, lepas maghrib mesti terlelap kejap. hehehe. bila dah azan isyak, baru lah terhegeh2 nak gi foyer. bila kat foyer, baru lah sempat nak jumpa dengan A.L.L T.O.G.E.T.H.E.R yang lain. see, nampak tak betapa susah nak jumpa diorang semua walaupun 1 kolej.

hari ni dah masuk hari ke 12 kite puasa kan. sekejap je rasa. huhuhu. rindu sangat zaman belajar dulu. kalau masa ni dapat undur balik kan ke best. ngeee. "korang, aku rindu korang semua"

4 comments:

mizzbutterfly said...

tapi...."rindu korang sume tuh..." aku je yg akan balas kan....hheh so ko kena sayang lebih dekat aku.. :)

iemahim said...

aku x de ke...hhahahahaa, bgun sahur pun susah.......

**hudalulu** said...

cik rerama : mestilah aku sayang ko...hahaha

**hudalulu** said...

iema : 2nd year ko tak pernah sahur ngan kitorang..ngeeee