**Berita Terbaru Blogger Lain**

04 May 2012

HOT FM AM KREW bersama Hudalulu # 01

hye bloggers =)


APAKAH HARTA BENDA ANDA YANG PERNAH HILANG DAN APAKAH IMPAKNYA?


tu dia tajuk untuk segmen HOT FM AM KREW pagi tadi. so tajuk ni memang tersangat ada kene mengena dengan i. i pun pernah merasa kehilangan harta benda kesayangan i dan sampai sekarang memang terasa kesannya. i pernah update entry mengenai tajuk ni beberapa bulan lepas. korang kena baca kat sini dulu sebelum korang baca sepenuhnya entry i ni. kira entry i ni sambungan daripada kehilangan harta benda i ni. tapi i akan cerita apa impak/kesan yang i terima akibat dari kehilangan tu.

walaupun dah 3 bulan perkara ni berlalu, tapi impak die kat i memang tersangatlah menyusahkan i sehingga saat ni. sampai bila fikir2 balik, mulalah terkenang dan akhirnya bergenang. sebab apa benda ni menyusahkan?

  • pembayaran insurans i tergendala. dah tergendala hampir 4 bulan disebabkan kehilangan ni. insurans i die akan deduct dr akaun i menggunakan no yang ada kat debit kad i. memandangkan purse i hilang akibat kecurian tu, maka kira pakejlah segala kad2 i pun hilang. so bila i buat kad debit yang baru, insurans tak dapat detect no kad debit baru i. tu yang jadik tergendala. so i kena buat surat menyurat dengan pihak insurans. kan dah menyusahkan namanya tu. untill now tak setel2 lagi. haihhhh. keluhan yang pertama.
  • segala point2 yang i kumpul terhenti. contohnya, point melalui kad watson and point melalui JCard. kalau i nak sambung dengan point2 yang ada pada kad lama, i kena buat pendaftaran baru dulu which is kena BAYAR! and then kena call bahagian customer service diorang minta diorang pindahkan point2 tu semua dalam kad baru. till now i xbuat kad2 baru. haihhhh. keluhan yang kedua.
  • kenangan kad matrik masa zaman belajar. hilang macam tu je. kenangan 3 tahun guna kad matrik untuk masuk exam or what so ever tak dapat i simpan dalam jangka masa yang lama. apa lagi yang membuktikan i perah belajar kat situ? takkan nak tunjuk scroll pulak kan? besar gedabak. yang ada kat i sekarang ni cuma kad alumni. keluhan yang ketiga.
  • kalau sebelum ni i pakai bb bold 3. but now i dah downgrade guna bb bold 2. dulu 5mp. sekarang 2mp. dulu os6, sekarang os5. haihhh keluhan keempat.
  • akibat kecurian dan i kehilangan tu, i terpaksa pakai purse yang memang dah buruk and koyak rabak. sila haribulan, duit i boleh tercicir sendiri dari purse tu. and dah lah beli purse yang hilang tu time tengah murah. entah bila i nak beli purse baru. haihhh. keluhan yang kelima.
purse yang i tengah guna sekarang ni. burok sangat dah!

cukup lah kot i senaraikan 5 keluhan i tu. kang banyak sangat boring pulak korang nak baca. tu pun i dah rasa banyak. sedih kan? kadang2 sampai i termimpi yang i jumpa balik pencuri tu siap i lempang lagi pencuri tu sebab dah menyusahkan hidup i. tapi nak buat camna, Tuhan dah tetapkan yang i takde jodoh dengan barang2 tu semua. so, jadikan cerita i sbg iktibar untuk korang semua....

bye

No comments: