**Berita Terbaru Blogger Lain**

16 May 2012

HOT FM AM KREW bersama Hudalulu # 02

hye bloggers =)

bersama


SELAMAT HARI GURU

anyway, sempena HARI GURU ni i nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu cikgi Sekolah Kebangsaan Selayang Baru(2), Sekolah Kebangsaan Kampung Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya sebab dah bersusah payah mendidik i dari sebebal2 i sampai lah result SPM keluar. muahahah. and i nak wish jugak dekat pensyarah2 i yang pernah ajar i di Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

actually i nak cerita zaman dramatik i masa kat sekolah dulu yang melibatkan cikgu-cikgi. lagi2 bila dah sekolah menengah lah kan. hikhikhik. so, biar i senaraikan satu persatu lah yea.

  • cikgu disiplin SMKSJ. adeh, ape nama cikgu tu ntah. i pun dah lupa. kes berlaku masa i form 4. siap kena masuk bilik disiplin lagi kes conteng meja lab ngan dinding sekolah. kekeke. habis geng i kena panggil masuk bilik disiplin. actually i conteng tu sebab berbalas conteng dengan musuh i time sekolah dulu. bila ingat balik kelakar pulak.
  • Sir Arham. ada satu hari tu i terdatang lambat ke sekolah. sebab apa eyh? i pun dah tak ingat. i sampai je sekolah pintu gate yang kecik dah tutup. kena masuk ikut pintu gate yg utama. kat situ pulak, Sir Arham dah tunggu budak2 yang datang lambat termasuk lah i. sekali kitorang2 yang datang lambat ni kena buat satu barisan kat perhimpunan disaksikan semua pelajar lain. malu tak yah cakap lah kan. so, Sir Arham ni pun tanya kat i, "kenapa datang lambat?" lantas otak i pun ligat berfikir nak carik jawapan. i pun jawab "sori sir, tadi tayar moto tibe2 pancit. so kena tunggu orang datang amik bawak g sekolah. tu yang lambat." maka dengan jawapan i tu pun, Sir Arham lepaskan i masuk dalam barisan kelas i. kekeke. bohong yang menyenangkan i.
  • Cikgu Aslamihah. yang ni cikgu subjek sejarah. i pulak paling tak suka dengan subjek sejarah ni. membaca citer2 zaman dulu. haihhh mengantuk! so bila cikgu mengajar kat depan, i pun tegakkan buku teks, then tido. korang pun mesti pernah buat jugak kan? hahaha. tak pun, time die mengajar, i suka mengajuk balik cakap cikgu tu bila die tersalah cakap. teruk betul i ni.
  • Sir Kana. sir untuk subjek EST. untuk i yang kelas sains ni wajib amik sujek tu. and subjek tu diajar selepas waktu persekolahan. kiranya, tambah lagi satu masa lepas habis sekolah lah. memang malas tol nak belajar subjek ni. nak dijadikan cerita, bila habis je waktu sekolah yang sebenar, senyap2 i keluar ikut pintu belakang sebab nak balik. hahaha. bukan i sorang je yang buat, geng i pun buat jugak. ngeh ngeh ngeh. akibatnya, the next day, keje sekolah yang diberikan untuk subjek EST tu tak siap. bila kena tanya, mula lah menggagau carik jawapan.
  • Cikgu Dewi. yang ni pulak, cikgu biologi. haa jangan tak percaya dulu i amik biologi. sebenarnya dari tadika dulu i bercita2 nak jadik doktor and nak belajar kat Oxford University. so masuk form 4 i dapat kelas Sains Tulen. mmg best lah. maka, exam bulanan pertama pun tiba. i rasa i dah cukup study untuk subjek biologi. sekali bila dah dapat markah, biologi i FAIL! terus i tukar cita2 tau. tu tak menarik sangat. yang paling menarik, geng i sorang tu kantoi meniru exam. so cikgu dewi ni, terus FAIL kan kitorang yang satu group dengan member i yang meniru tu. haihhh. tak memasal je.
  • cikgu disiplin lagi. kadang2 lepas perhimpunan tu tibe2 ade spotcheck. haaa masing2 menggelupur time ni. time spotcheck ni la i selalu kantoi dengan stokin kaler yang pendek. tak pakai kain dalam. panas kot kalau pakai kain berdabel2 ni haihhh. kuku panjang. lencana takda. kes lencana ni bila i beli tudung baru lah. tak sempat nak jahit lencana. tp i ada spare lencana dalam beg. bila ada spotcheck, i cucuk ngan jarum lencana tu kat tudung. hahaha. macam selekeh je bila teringat balik. hehe.
  • Cikgu Zaharah. cikgu fizik i. suara cikgu ni tersangatlah pelahan. bayangkan ey. lab kat sekolah i tu dah lah besar. i duduk kat bhgn tengah lab lah. yang meja belakang semua kosong. tapi suara cikgu ni cuma dengar sampai meja depan sekali tu je. so jadik mengantuk lah i yang duduk kat belakang ni. so i lebih kepada berborak ngan member2 i tak pun main nset. hahaha. kadang2 saje je i kenakan cikgu ni, "cikgu, tak dengarlah" cikgu tu pun kuatkan balik suara die. lama2 slow balik. haihhh. memang i tak amik port langsung bila die mengajar kecuali time eksperimen. bila kadang2 cikgu ni berjalan ke meja i, mulalah i buat2 tengok buku teks. padahal, apa die ajar, sikit pun tak masuk otak i ni. syukur Alhamdulilah i ada tuisyen kat luar. and i cuma paham apa yang cikgu tuisyen ajar je. and SPM i untuk fizik, sangat membanggakan i walaupun cikgu tu ajar ntah pape agaknya. huhu

ngee. macam teruk sangat disiplin i waktu dulu kan? "sorry cikgu2 semua." rindu betul zaman persekolahan. tapi walaupun cikgu cikgi ni sume ada kene mengena dengan masalah disiplin i, tapi i takde lah bawak perangai dulu tu sampai sekarang ni. dulu2 kan remaja darah pun panas jek. sekarang ni dah dewasa. kekeke. dewasa lah sangat =p. pape pun, i nak ucapkan lagi sekali, SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH TERUTAMANYA KEPADA GURU2 YANG PERNAH MENDIDIK I. thank you so much =) so, jom kita layan gambar bawah ni dulu. ngeee.

gambar kelas. 4 SAINS 1. gambar i,baris belakang 2 dari kanan.

girls. gambar i, belakang sekali yang specky tu.

boys. sikit je kan? ngee

gambar raya 2011 kat rumah cikgu Mazliza pakai tudung pink baju kelabu biru tu.
gambar i pakai baju biru


gambar raya 2011 kat rumah cikgu dewi pakai tudung pink diapit 2 jejaka tu, cikgu biologi yang i cerita kat atas tadi tu. yang FAIL kan subjek biologi i tu. haha

yang ni latest picture tau. classmates i semua ni. hehe. saje nak show off.
cuba carik yang mana i? kekeke =p


bye

No comments: