**Berita Terbaru Blogger Lain**

17 August 2011

[ Resepi | Kek Gula Hangus (^_^)v ]

hye bloggers =)
bertemu lagi kita dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". hehehe. mesti korang tertunggu-tunggu rancangan chef ni kan? hehehe terperasan lah pulak =p. untuk episode kita kali ni chef nak share dengan u olls resepi kek pulak. chef dari zaman kecik2 dulu lagi dah memang suka sangat kek ni. umi chef pun suka jugak. so resepi kek hari ni ialah Kek Gula Hangus (^_^)v. bahan-bahan nak buat Kek Gula Hangus (^_^)v ni adalah seperti berikut :

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

u olls dah salin belum bahan-bahannya ni? chef dah nak start tunjukkan cara-cara nak buat Kek Gula Hangus (^_^)v ni.

pertama - masak gula dengan api sederhana hingga hangus. ala-ala macam nak buat caramel. apabila gula dah cair, masukkan 1 cawan air dan masak lagi. kacau selalu supaya gula tak melekat. kemudian masukkan mentega dalam cairan gula tersebut. sejukkan cairan gula hangus ni dan ketepikan dahulu.

kedua - pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat. tipsnya, bila dah berbuih dan terasa telur tu macam ringan je, maknanya dah kembang lah tu. hehehe

ketiga - masukkan susu pekat dalam adunan telur tadi. pukul sekali lagi hingga sebati. kemudian masukkan tepung + soda bikarbonat. pukul lagi hingga betul-betul sebati.

keempat - masukkan cairan gula hangus yang dah sejuk tadi ke dalam adunan. pukul hingga sebati dan adunan akan berubah warna keperangan. kemudian boleh terus masukkan dalam loyang. kalau loyang 4 segi lagi cantik. hehehe. lepas tu perap adunan lebih kurang 3-4 jam untuk wujudkan sarang dalam kek tu nanti.

kelima - lepas dah perap tu, bakar dengan api yang sederhana 160-180 darjah celcius selama 1 jam. kalau nak tau kek dah masak ke belum, try cucuk dengan pisau. kalau pisau tu bersih je maknanya kek sudah masak.

dan... inilah hasilnya. nampak tak sarang yang terbentuk dalam kek ni? cantik je kan? hehehe

chef buat kek ni sebelum berbuka semalam. lepas tu perap then lepas balik dari terawih baru bakar. so masa tu takdelah terbuang sangat kan. hehehe. berbuka petang ni dapatlah jamah kek ni. tak sabar!

SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

Nava.K said...

thanks for the recipe, have been unsuccessful a couple of time trying make this cake, let me try yours and see what happens.

**hudalulu** said...

Nava.K : gud luck! =)

kristalhati said...

cam best..baru tau yang kek ni kena tunggu dulu baru jadi bersarang..ingtkan terus ja...tq ya yang!