**Berita Terbaru Blogger Lain**

07 April 2012

Resepi | Laksa Sarawak (^_^)v

hye bloggers =)


hallo..."MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" kembali lagi hari ini. hehe. u ools semua rindu tak kat chef? rindu tak? rindu tak? hari ni chef nak kongsikan lagi satu resepi. kalau sebelum ni chef banyak kongsikan resepi2 untuk makanan dan minuman petang kan. kali ni chef masak makanan yang mengenyangkan dan mudah untuk disediakan. resepi chef hari ni adalah Laksa Sarawak (^_^)v. so bahan-bahan untuk menyediakan Laksa Sarawak (^_^)v ni adalah seperti berikut :

bahan-bahan
200 gram pes laksa sarawak (bahan paling penting)
500 gram udang (nak lebih pun boleh)
1/2 ketul dada ayam (nak lebih pun boleh)
taugeh
250 ml santan
2 liter air
1 ikat daun ketumbar
4 biji telur ayam
2 batang serai dititik
limau nipis
bihun
garam
belacan dan cili padi (untuk dibuat sambal belacan)


sebelum chef mulakan, chef nak bagitau yang pes sarawak tu hanya boleh didapati di Sarawak je. serius ni tau chef tak tipu. chef pun kirim dari orang yang berasal dari Sarawak. kat semenanjung takde jual pes i. sedih kan :( opsss ok kita teruskan cara penyediaan Laksa Sarawak(^_^)v ni k. hehe.

Penyediaan Kuah Laksa
masukkan 2 liter air bersama pes laksa sarawak, ayam dan juga udang dengan api api yang perlahan sehingga udang dan ayam masak. setelah ayam dan udang masak, keluarkan ayam dan udang dari dalam periuk kuah tersebut dan letakkan dalam pinggan/mangkuk. setelah kuah mendidih, masukkan santan dan garam. apabila mendidih, boleh lah ditutup apinya.

Penyediaan Bahan Tambahan
bihun dan taugeh dicelurkan dalam air panas. ayam yang di masak bersama seketika tadi dicarik halus dan disediakan bersama udang juga. telur pula di goreng menjadi telur dadar dan dihiris halus. daun ketumbar dihiris halus, limau kasturi dibelah 2 manakala cili padi dan belacan dibuat menjadi sambal belacan.

Cara Hidangan
masukkan bihun ke dalam pinggan/mangkuk dan letakkan telur, isi udang dan ayam, daun ketumbar. masukkan kuah laksa tadi. kemudian boleh diletakkan sambal belacan dan untuk mengurangkan rasa pedas sambal belacan tu, u olls boleh perah limau kasturi td. siap sedia untuk dimakan.


Selamat Mencuba! =)

2 comments:

vendettatraveller said...

aiyaa . buat orang lapar laa . sedap sedap !

**hudalulu** said...

hiks... memangs edap pun =)