**Berita Terbaru Blogger Lain**

03 February 2012

[ Resepi | Blueberry Cheese Tart (^_^)v ]

hye bloggers =)


yeahhh bertemu lagi kita dalam rancangan.... "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". wahh dah lama rancangan kita ni tak ke alam maya kan? chef pergi bertapa kejap kat gua mencari idea untuk menu terbaru rancangan memasak chef ni. hehehe.

dah, tak payah nak membebel panjang sangat sebab chef tau mesti u olls tak sabar dengan resepi baru chef ni kan? hahaha. tengok gambar pun dah terliur. so ape lagi, pegi cepat amik pen kertas semua jom teruskan misi kita hari ni dengan resepi Blueberry Cheese Tart (^_^)v. bahan2nya adalh seperti berikut :

bahan untuk shell tart (pastry)

125 gram butter
60 gram gula ising
1 biji telur saiz sederhana
240 gram tepung gandum

chef nak mintak maaf ni sebab takde gambar bahan2 yang diperlukan and gambar cara2 untuk memudahkan u olls bayangkan how to do this shell(eyh speking pulak chef ni:p) . so cara2nya, pukul butter dan gula ising sampai jadi creamy. lepas tu u olls masukkan telur dan pukul lagi sampai kembang sikit. kemudian u olls dah boleh masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai boleh di uli menjadi doh. kat sini chef nak bagi petua sikit lah. jangan masukkan tepung tu sekali gus. sebab kita taknak shell tart kita tu jadi terlalu keras. so bila dah ngam2 jadi doh, barulah kita masukkan doh ke dalam acuan tart. macam dalam gambar bawah ni.


tekan doh ke dalam bekas kemas2 dan trim tepinya dengan menggunakan pisau. sambil tu panaskan oven dulu dalam suhu 180C. kemudian bakar pada suhu 180C dalam 15-20 minit sehingga bertukar warna kekuningan. bila dah sejuk, keluarkan shell tart tu dari dalam acuan dan akan jadi seperti gambar bawah ni :)


bahan untuk inti (blueberri cheese filling)


250 gram cream cheese(philadelphia)
50 gram gula ising
20 gram butter
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur saiz sederhana
blueberry pie filling

cara-caranya :


pertama, pukul cream cheese, butter dan gula ising sampai creamy. kemudian baru masukkan telur dan perahan lemon. pukul lagi sampai nampak smooth cam dalam gambar bawah ni.


kemudian sendukkan cheese tadi ke dalam piping beg. masukkan jugak blueberry filling ke dalam piping beg yang berlainan. isi doh dengan blueberry filling terlebih dahulu kemudian barulah ditutup dengan cheese. u olls dapat bayangkan tak?


selepas itu, u olls boleh lah buat ukiran di atas cheese tadi. chef pilih untuk buat ukiran daun macam dalam gambar atas ni =). kemudian bakar selama lebih kurang 10 minit dengan suhu 160C sehingga filling tadi nampak kering sedikit.


dan inilah hasil yang chef dah buat. Blueberry Cheese Tart(^_^)v. nampak sangat yummy kan? ohh yea. chef nak bagitau ni. chef amik tempahan untuk blueberry cheese tart ni untuk sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai salah satu menu sambutan hari jadi, meeting, kenduri dan lain2 majlis. tapi untuk kawasan sekitar lembah klang sahaja. hehe. minimum order 40pcs. harga boleh runding =) boleh pm chef dekat 012-2746764 atau hudalulu89@gmail.com

so, selamat mencuba =)

7 comments:

Unknown said...

hiasan kat atas tuh comel sungguh

**hudalulu** said...

rozuan : comel kan? hahaha

Gladiolus Craft Creative said...

salam Huda,

Wah cutenya, terima kasih kerana berkongsi resepi. 1st time tengok Blueberry Cheese Tart niterus terpikat. Hmmm cuti nanti zaza nak cubalah. terima kasih. :)

**hudalulu** said...

D.O.A : heeee... cute sangat kan? cuba jangan tak cuba tau :)

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Dah cuba yg ni jgk ... Jadii n sedap sgt..l ;) trima kasih huda lulu...

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Dah cuba yg ni jgk ... Jadii n sedap sgt..l ;) trima kasih huda lulu...

**hudalulu** said...

zet : Alhamdullilah... seronok bila dapat kongsi resepi dengan orang ni kan? welkam cik zet =)