**Berita Terbaru Blogger Lain**

07 May 2012

Resepi | Puding Roti Marble (^_^)v

hye bloggers =)


hehe jumpa lagi kita dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" chef rasa seronok sangat bila u olls bagi komen yang sangat memberangsangkan untuk rancangan kite ni. and and and yang paling seronok bila ada antara u olls ni dah try resepi dari chef huda. kebanyakannya cakap menjadi dan sedap. lega chef. hehe. so hari ni chef nak kongsikan lagi satu resepi yang sesuai untuk dibuat pencuci mulut atau minum petang. dah get ready dengan pen ngan kertas? so, resepi kite hari ni ialah Puding Roti Marble (^_^)v. so bahan-bahannya adalah seperti berikut :

bahan-bahan


4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar(peket yang chef guna tu memang dah 10gram)
1/2 cawan gula(kalau taknak manis sangat kurangkan gula)
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

cara-cara

  • didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dlaam periuk.
  • blend roti, susu pekat, susu cair, telur dan 1/2 cawan air. kemudian masukkan ke dalam periuk didihan agar-agar tadi.
  • masukkan butter dan kacau hingga mendidih.
  • bahagikan kepada dua adunan. satu adunan biarkan dengan warna asal. dan satu lagi adunan letakkan serbuk koko. kacau cepat2 sebab agar-agar mudah mengeras.
  • kemudian tuangkan adunan secara berselang seli. 1 senduk adunan asal dan satu senduk adunan coklat. ulang sehingga adunan habis. peringatan untuk u olls, ketika me'marble'kan puding, proses perlu dilakukan dengan cepat. kalau tak, puding cepat keras dan susah utuk dibentuk.
  • dah siap proses tadi, boleh simpan dalam peti sejuk.


haaa tengok lah first time chef buat. yang tengah sekali dah jadik macam cacat sikit sebab agar-agar dah start nak keras time tu. tapi xpe, next time buat lagi mesti dah ok kan? so amacam u olls? tak teringin nak try ke resepi terbaru dari chef ni? kos die tersangatlah murah. dapat banyak jugak. hehehe. lepas tu makan time puding ni betul2 sejuk. perghhh memang terbaik lah jawabnya. ngeee.


Selamat Mencuba! =)

6 comments:

Norasikin said...

barulah selera nak makan. Kalau rupa roti sekeping2 tu tak encem la

Norasikin said...

barulah selera nak makan. Kalau rupa roti sekeping2 tu tak encem la

sapphire said...

cantik marble dia... yg bintik2 tu kenapa..? mesti serbuk koko tak larut habiskan..akk buat camtu.. hikss.. :)

**hudalulu** said...

norasikin : roti sekeping tu pun sedap jgk tau. cara penyediaan je lain. hehhe

**hudalulu** said...

sapphire @ kak nilam : haah.. bintik2 tu serbuk koko yang tak larut. haihh.. agaknya kena larut dengan air panas sikit, then campurkan dengan adunan kan?

Navaneetham Krishnan said...

Very creative in making the design and looks so good.