**Berita Terbaru Blogger Lain**

07 August 2011

[ Resepi | Butter Bread Pudding (^_^)v ]

hye bloggers =)
bersama chef Huda sekarang ini dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". makin kerap pulak rancangan ni sejak akhir ni yea. hahaha. tetiba macam tersedar yang chef ni sebenarnya suka try benda2 baru. hari ni chef nak share resepi dessert. sesuai untuk buat dessert waktu berbuka puasa nanti. dessert kali ialah Butter Bread Pudding (^_^)v. chef pun baru pertama kali buat ni. so kalau nampak macam ade cacat cela tu, mintak maaf lah yea. hehe. so jom tengok bahan-bahan nak buat Butter Bread Pudding (^_^)v ni.

bahan untuk Karamel :
1/2 cawan gula
4 sudu besar air

bahan untuk puding roti :
4 keping roti
sedikit butter
3 biji telur
1 tin susu cair (nak guna susu segar pun boleh)
8 sudu besar gula halus
sedikit esen vanilla
kismis

okeyh, sekarang kita tengok cara untuk membuat Butter Pudding Bread (^_^)v yang sedap ni.

pertama - sapukan permukaan loyang dengan butter dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah celcius.

kedua - sapukan roti dengan butter. kemudian toast roti selama 3-4 minit. dan selepas itu, potong roti tersebut kepada 4 bahagian.

ketiga - untuk buat karamel, goreng gula hingga menjadi keperangan. kemudian kecilkan api dan tambahkan 4 sudu besar air kedalam gula yang digoreng itu.

keempat - dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanilla dan susu sambil dikacau. masuk bahan-bahan mengikut turutan supaya mudah sebati. (time chef buat ni ade kesalahan sikit. chef pegi masukkan semua bahan sekali gus. so jadik susah nak pecahkan telur tu. huhu)

kelima - karamel yang sudah siap tadi dituangkan ke dalam loyang sebagai lapisan paling bawah. kemudian tapiskan campuran bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang ada karamel tadi. (tujuan ditapiskan campuran bahan-bahan tadi adalah untuk mengelakkan bendasing dari termasuk ke dalam puding)

keenam - letakkan kepingan roti yang sudah di toast tadi ke dalam larutan susu tadi. buat dalam dua layer. kemudian boleh taburkan kismis. kalau nak letak chocolate rice pun ok jugak kot.. hehehe

ketujuh - letakkan loyang tadi ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut tapi ingat, BUKAN dalam loyang puding tu tau. kemudian bakar selama 40-50 minit. apabila siap di bakar, keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik. kemudian baru masukkan dalam peti ais.

tadaaaa... Butter Bread Pudding (^_^)v siap untuk juadah pembuka selera atau pun pencuci mulut di waktu berbuka nanti. semalam chef buat untuk family chef. and Alhamdulillah umi chef pun puji sedap and tak manis sangat. hehehe.

SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

yuyueyuliana said...

da lame x buad. hehe. resepi pon da ilang. amek resepi awak la. hehe

saya_arief said...

nampak sedapp.
:D

yarn liyarnalin said...

bulan puasa semua sedappp -..-

**hudalulu** said...

yuyueyuliana : yang ni first time sy..hehehe...

**hudalulu** said...

saya_arief : memang sedap pun...hehehehe

**hudalulu** said...

yarn liyarnalin : betol2...nafsu je semua tu kan sebenanrnya..hikhikhik

anish said...

hee. anis da try buat harini, sangat sedapppp :) cume manis sikit, sbb my family tak makan manis. hehe, tp diorang siap nk suruh buat time raya. ehe.


time kasih share resepi ni! :D

**hudalulu** said...

anish : sedap kan? hehehehe....kalau manis tu, kurangkan gula. biar manis susu je tinggal... =)

SyuraLatif said...


Mcm sedap n senang jugak. Nak try lah :-)

**hudalulu** said...

cik cura : yup... mmg sedap n senang pun.selamat mencuba =)