**Berita Terbaru Blogger Lain**

07 June 2011

[ Info Sihat - khasiat peria ]

hye bloggers =)
kali ni i nak kasi info sihat sikit kat korang. bukan apa. sebab i tau mesti tak ramai yang makan sayur peria ni kan? satu je punca yang buatkan ramai antara kita ni tak makan peria. PAHIT. sebab tu je kan? eleh jangan nak tipu lah. hahaha. and fyi, i memang suka giler sayur peria ni. walaupun dia pahit, tapi sedap sebenarnya. dulu2 i pun tak makan jugak. tapi bila umi i masak sayur peria ni, i try la rasa sikit, "yekk pahit" tapi lepas tu rasa lagi sikit. lama2 terus jadik suka. hehehe. pahit tu sekejap je rasa. tapi kebaikan yang kita dapat, lagi banyak kan? hehehe.

KHASIAT PERIA

=) ubat untuk diabetis - Peria mengandungi insulin. Insulin berfungsi mengawal kadar glukos dalam darah. Rajin rajinkan jari jemari untuk klik medicineNet.com untuk mengetahuinya lebih lanjut.Pesakit diabetes boleh amalkan minum jus peria setiap pagi sebelum menjamah apa apa makanan. Tak perlu lagi nak pergi klinik setiap bulan untuk amik insulin. Minuman jus peria perlu diambil tanpa sebarang ubat lain. Kalau tidak, kandungan glukos dalam darah akan jadi terlalu rendah. Adus, bahaya tu .... Silap silap hari boleh pengsan ....

=) penulenan darah - Timbul bisul, alahan .... and macam masalah kulit yang berpunca dari keracunan darah. Darah pun boleh beracun. Siapa punya angkara ni? Haiseh, lagi mau tanya ka... Mestilah angkara diri sendiri. Makan entah apa apa... Bercampur aduk... sehingga menyebabkan keracunan darah. Darah perlu dicuci. Pergi ke hospital, keluarkan semua darah and ganti dengan darah lain. Rugi wooo buat camtu... Eh, ada ke orang buat macam tu? *fikir sejenak*
Tak payah buang masa fikir lagi, pergi ke supermarket and beli peria. Amalkan makan peria semasa perut kosong. Perubahan boleh dilihat dalam masa 4-6 bulan. Perlu konsisten. Bukan hangat hangat tahi lembu...

=) bagus untuk pesakit buasir - Jus peria bagus untuk pesakit buasir? Ini bukan rekaan saya tapi lifemojo yang bagi information. Hanya perlu buat jus peria campur susu and minum setiap pagi. Selepas sebulan akan nampak perubahannya. Mudahkan.... ^_^

=) baik untuk perut - Peria sememangnya agen pecernaan yang bagus dan membantu dalam merangsang rembesan jus gaster. Makan peria boleh menghalang sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber fiber terbaik.

=) membantu menurunkan berat badan - Mahukan bentuk badan yang perfect? Tak payah usah usah lagi. Amalkan sahaja makan peria. Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Cuba jangan tak cuba. *wink2* ~ patutlah badan maintain slim.... suka makan peria.....

=) penjagaan mata - Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

=) berguna untuk pesakit taun - Jus daun peria berguna untuk perubatan penyakit taun peringkat awal.

=) perangsang imun - Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat bodyguard yang jaga opis. Bodyguard melindungi opis daripada perompak. Sistem imun dalam badan menghalang penyakit yang serang.

=) penjagaan kulit - Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri seri. Baru tahu ini. Harus amalkan makan peria setiap hari. Lepas amalkannya jerawat pasti takkan berani datang lagi. Mau pergi beli peria lagi, nak berperang dengan jerawat. Habislah jerawat lepas ni..... Ahaks.... Gelak jahat plus tanduk kat kepala .....

kredit to gadishanim untuk info yang berguna ni. so, i nasihatkan sape2 yang tak makan peria ni, belajar lah makan sikit2. ngeee. and kat sini i nak kongsi sikit resepi yang i selalu masak untuk peria ni. hehehe

Peria Goreng Telur
-mula hiris peria tu then rendam dalam air garam nak bagi kurang sikit pahit tu.
-pastu tumis bawang merah, bawang putih ngan cili merah kalau nak pedas sikit.
-toskan peria dalam rendaman tu then terus je masukkan peria dalam tumisan bawang.
- masukkan garam sikit.
-last sekali pecahkan telur dalam sayur tu then kacau.
-pastu, boleh hidang dan siap dimakan dengan nasi panas. sedapnyaaaa


SELAMAT MENCUBA UNTUK KESIHATAN YANG BAIK =)

5 comments:

Hanim Mahali said...

Peria goreng telur sedapnya... suka sangat makan... makan ni sahaja dengan nasi pun sanggup... ^_^

Belleza~ said...

peria mmg bnyk khasiat.tp sayangnya su tak reti nak makan.rugi betul kan.huhu

**hudalulu** said...

hanim mahali : betol2..heheheh

**hudalulu** said...

belleza : ngeee..memang rugi pun...try belajar makan sikit2...hehehe

Lady Diana said...

hi huda, mmg peria grg telo ni fav akak n hubby.. klu tumis ngn udang kering tumbuk ngn bwg n lada pon sedap.. :)