**Berita Terbaru Blogger Lain**

19 July 2011

[ Resepi | Puding Oreo (^_^)v ]

hye bloggers =)
kita bertemu lagi dalam rancangan.... "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". dah lama rancangan ni tak ke udara kan u olls. chewahhh. tapi macam biasalah sebelum start memasak, chef nak tanya dulu ni. u olls dah try belum resepi2 yang sebelum ni. haaa kalau dah terlepas rancangan resepi yang lepas, u olls boleh tengok kat side bar kanan blog chef ni haa.

okey2 chef tau ramai yang tak sabar nak tunggu resepi untuk hari ni kan?(perasan sudah melanda =p). so resepi kita hari ni ialah, Puding Oreo (^_^)v. jom kita tengok bahan2 nak buat Puding Oreo (^_^)v ni.

1/2 paket agar-agar stripe (atau 1 paket agar-agar serbuk)
6 keping biskut oreo (inti putih diasingkan)
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu cair (nak guna susu segar pun boleh dalam 2 cawan)
serbuk koko
daun pandan

sekarang kita tengok cara-cara untuk buat Puding Oreo (^_^) ni p ulak ok. ingat, kalau memasak ni, biarlah dengan penuh kasih sayang barulah makanan kita tu jadik sedap. tak lupa jugak, baca Bismillah tu penting tau =)

first - rebuskan agar-agar bersama daun pandan serata campurkan 2 cawan air dalam periuk tersebut. biar agar-agar betul2 larut dengan api yang perlahan.

kedua - sementara tunggu agar-agar larut, kita kisar halus biskut oreo(tag1). kemudian, boleh masukkan gula dan juga susu cair(tag2). akhir sekali masukkan serbuk koko(tag3). kacau hingga sebati.

ketiga - bila bahagian oreo sudah sebati dan agar-agar pun dah larut sepenuhnya, terus campurkan bahagian oreo bersama susu kedalam periuk agar-agar dengan api yang kecil. kacau agar-agar sehingga sebati.

keempat - bila sudah sebati, boleh lah dimasukkan ke dalam loyang. kalau takde loyang, guna bekas makanan pun takpe. lepas tu, siap untuk dimasukkan dalam peti ais untuk disejukkan.

sedia untuk dimakan bila2 masa sahaja. cuaca terik kan sekarang? dapat makan Puding Oreo (^_^)v yang sejuk pulak tu. bestnyeee.

SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

bspotgurl said...

wahhh, nak cubalah

safiyyah osman said...

sedapnya!!!!!!!!!!!!nak try buat la:)

N U R U L said...

waahhh! nymmyyyy!!

aniesz said...

HEHEHE SYA CUBE RESIPI HUDA.. MMG MARVELLOUS.. DAN SEDAP.. DAH BYK KALI BUAT.. HEHEHE TQ HUDA