**Berita Terbaru Blogger Lain**

22 July 2012

Resepi | Puding Cheese Oreo (^_^)v

hye blog readers =)


yeay! kita bertemu lagi dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". sempena bulan Ramadhan ni, chef nak ucapkan selamat bepuasa lah kepada semua yang sudi singgah blog buruk chef ni nak cari resepi yang pernah chef sediakan. cewahhhh. so, apa menu u olls semua untuk 1st day berbuka puasa semalam? boleh lah share sikit kat sini.

anyway, resepi yang chef nak kongsikan dengan u olls hari ni amat sesuai untuk buat pemanis mulut time berbuka puasa tau. so lepas u olls dah baca resepi ni, boleh lah u olls try buat untuk berbuka puasa hari ni. kan kan kan? resepi kita kali ni ialah Puding Cheese Oreo (^_^)v. sorry ey, chef tak dapat nak amik gambar bahan2 dan kaedah 1 by 1 macam sebelum ni yang chef buat sebab takde camera. too bad =(

bahan-bahan :

13g serbuk agar-agar
1liter air
120g gula
3biji telur
120-150g biskut cheese - diblend halus
1sb tepung kastad
400ml susu cair
200g susu pekat
50g mentega
biskut oreo yang dibuang krim

cara-cara :
  • pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut cheese yang telah diblend serta tepung kastad.
  • kemudian masukkan susu cair dan juga susu pekat. kacau hingga sebati.
  • sementara itu, boleh lah masak serbuk agar-agar dengan air dan juga gula. kacau sehingga gula larut.
  • tuangkan adunan biskut cheese bersama telur dan juga susu tadi kedalam larutan agar-agar
  • akhir sekali masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
  • adunan agar-agar boleh lah dituangkan kedalam acuan ataupun loyang. teknik : tuangkan adunan agar-agar separuh daripada acuan/loyang kemudian layerkan dengan biskut oreo. tuangkan lagi adunan atas layer biskut oreo hingga penuh acuan/loyang.
  • sejukkan pada suhu bilik kemudian baru masukkan dalam peti sejuk.
haaaa. amacam? senangkan? chef saje bagi point 1 by 1 supaya u olls semua dapat bayangkan gitewww... ngeee. makan bila time puding tu baru lepas kuar dari peti sejuk memang terbaik lah.


ni yang chef buat semalam. yang hitam tu adalah layer biskut oreo. u olls boleh buat 2 layer kalau u olls nak. semuanya terserah citarasa memasing. hehe.

selamat mencuba! =)

No comments: