**Berita Terbaru Blogger Lain**

15 March 2011

[ puding caramel yang yummy ^___^ ]

hye bloggers =)
hari ni kita semua dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". okeyh hari ni chef nak masak PUDING CARAMEL yang yummy ^___^. hehehe. cepat2 amik pen dan kertas. kalau takda pen, amik lah pape pun jadik boleh buat tulis. kalau takde kertas,u olls bolehlah terus tulis je kat dinding dapur tu. nescaya tak akan hilang resepi ni. hehehe. so, bahan2nya ialah :

telur - 4 biji
gula - 2 sudu
garam - secukup rasa
esen vanilla - satu penutup
susu cair - 1/4 tin
susu pekat - 1/4 tin
air - 3/4
gula (untuk digoreng)

first of all, pecahkan 4 biji telur. pukul telur sampai kembang. lagi bagus kalau korang gunakan pemukul telur yang sepatutnya. tapi disebabkan chef ni tinggal kat rumah bujang, maka pemukul telur tu digantikan dengan garfu je. pukul sampai kembang yea.


second step, lepas telur tu dah kembang, masukkan esen vanilla satu penutup, garam secukup rasa. jangan bagitau chef u olls tak tau telur yang dah kembang tu camne. chef pelangkung nanti baru tau. haha. then masukkan jugak susu pekat, susu cair dan air ikut sukatan yang chef dah bgtau awal2 kat atas tu. kacau campuran tersebut sampai sebati okeyh. so jadiklah macam gambar bawah ni.


third, u olls boleh lah mula menggoreng gula. tapi nak ingatkan korang, sila berhati2 apabila menggoreng gula dalam kuali. sebab dia boleh terpercik. masukkan sikit je air supaya gula tu jadik macam syrup. sedapnyaaa. hahaha. goreng sampai warnanya jadik keperangan.

dari macam ni

sampai jadik keperangan begini

fourth, letakkan sikit syrap gula tu dalam loyang. buat sebagai lapisan je. then terus masukan campuran telur beserta susu ke dalam loyang. masukkan je. jangan takot2 dengan syrup gula tu.

last sekali, masukkan loyang tu dalam periuk kukus. biar masak selama lebih kurang 1jam atau lebih.


kalau u olls nak tau dah masak ke belum, just cucuk puding kita tu dengan pisau. then tengok still lembik dan berair atau pun dah keras sikit. kalau dah keras tu kiranya dah masak lah. siap untuk di hidang. keluarkan elok2 dari loyang then siram je atas puding dengan lebihan syrup gula tu.


taraaaa. ni lah rupa air tangan chef. walaupun rupa puding ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong2, tapi rasanya perghhh bagai di awang awangan bila puding ni melalui anak tekak. ngeee. rasa sekali nak lagi tau. sedappp. belah kanan tu sebenarnya dah terpotong sebab tak sabar nak rasa and lupa nak tangkap gambar. dah selamat potong, baru amik gambar. teheee

so kepada penggemar puding caramel, ape lagi? dah tak payah beli kat pasar malam lagi dah. buat sendiri lagi bagus. betul tak? hehehe. selamat mencuba =)

p/s : gambar yang takde watermark diambil dari blog ashpaq.
p/s /s : mr.boyfie suka puding caramel ni. hehehe


earning HB makin meningkat. so korang tunggu ape lagi? jom join! yang dah klik, tqvm! =)



37 comments:

saya_arief said...

waduh2..pagi2 la da tengok gamba macam nie..
terliur teros.
:D

yuyueyuliana said...

lameeeee sgt tak mkn caramel ni (==)

**hudalulu** said...

saya_arief : memang saje bagi terliur..kekeke

**hudalulu** said...

yuy : ape lagi buat lah..hehehe

aNiM said...

wah,sedapnyee..
haritu ada buat gak.tapi tak sempat amik gambar sebab dah licin licau.hihi~

Cik Yana said...

Wah sedapynya!!! nak jugak!!!

sherah said...

gtaw sikit kos berapa hinggit buat sumer ni.curious

**hudalulu** said...

anim : hahaha... ni mesti kes tak sabar nak melahap kan..hehehe

**hudalulu** said...

yana : boleh...g beli barang2 senang je nak buat...hehehe

**hudalulu** said...

sherah : below than rm 15. telur 10 bijik rm 3 lebih. then esen vanilla tu dalam rm 2 lebih. then susu tin and susu cair lebih kurang rm 6 la.. gula guna sikit je. garam sikit je. then air masak.. tak sampai rm 15 pun kan. =)

asphaq said...

Sedap :)

**hudalulu** said...

asphaq : mmg sedap pun...tehee

Nurul Nadia said...

suka dessert manis2 macam ni kan..masalah saya suka makan tapi malas masak..huahaua..cian anak2 dapat mak macam ni..hehe

tq huda for the recipe. :)

**hudalulu** said...

cik dya : lepas ni jangan malas2.. senang je ni nak buat..hehehe

Ainee Cumi said...

Wah! Hari ni jugak nak try. Kalau beli kat luar satu ketul pun dah RM3 baik buat sendiri. Thanx hudalulu

**hudalulu** said...

ainee : betol2... buat sendiri lagi bagus.. dapat makan banyak mana pun yang kite suke..hihih

aqeyLs said...

nampak sodap.. senang plak tuh nak buat.. sy pon sker la pudink karamelll uh<3

Proud Mommy said...

sedapnya puding tu..
boleh post tak haha :)

**hudalulu** said...

aqeyls : memang sedap dan senang je nak buat.... =)

**hudalulu** said...

sharienz : la...kan i dah post tu.. post entry..hehehe

Qistina Filzah said...

emm..dap nyer, nk try la..lebih2 lagik skrg nga blaja memasak nie

**hudalulu** said...

qistina : memang sedap pun.. dah lah senang nak buat. hehehe

Silent Thinker said...

sedappnyerrrrrrrrrrr~

**hudalulu** said...

silent thinker : memang sedap....sedap sangat2....hehehe

Cik Shidot said...

sy juge suke makan caramel!!
yummy! :)

**hudalulu** said...

shidot : hehehe =)

puanbee said...

ni mesti manis nih..akk tk boleh makan manis...

**hudalulu** said...

puan bee : ohhh... tapi yang ni tak manis sangat pun sebab banyak guna air jugak... tapi kalau tak leh makan, jangan makan. nnt kang memudaratkan pulak. huhuhu

tykaa Malik said...

nak try la nanti ^_^

Zehan Ilyana said...

alamak sedapnye!!

tolong buatkan untuk saya boleh??
arha~

**hudalulu** said...

tykaa : try...jangan tak try...hehehe

**hudalulu** said...

teenager housemaid : erk... tu i dah buatkan.... buatkan entry resepi..kekeke

Unknown said...

teringin nk buat huhu

NBLH said...

terbayan toufu fa dekat p/mlam plak.
hehee.

nak pegi buat lahhhh

**hudalulu** said...

manja : waaa..buat je lah...senang je...tak susah pun...

**hudalulu** said...

NBLH : kenapa toufu fa pulak yang dibayang? heeee...

dah cepat2 pergi buat..hehehe

Unknown said...

wahh , bahan senang je ..