hye blog readers =)
"MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" bersiaran lagi. cewahhhh. bajet macam femes je rancangan ni. muahahaha. tinggal lebih kurang seminggu lebih je lagi kita nak tinggalkan ramadhan dan sambut kedatangan syawal kan. so pada sapa2 yang macam agak susah nak bangun sahur sebab malas nak masak berat2, haaa kali ni chef nak kongsikan resepi yang sesuai untuk sahur. kali ni punya resepi adalah Egg Roll With Mix Vegie (^_^)v. jom tengok ape bahan yang diperlukan.
bahan-bahan :
mix vegetable(sayur campur yang ada carrot, jagung ngan kacang peas tu)
udang saiz sederhana (dipotong dadu)
bawang merah dan bawang putih (dihiris)
tomato (dipotong dadu)
sos cili
telur 2 biji
garam secukup rasa
** sukatan bahan terpulang pada masing2. udang juga boleh diganti dengan isi ayam yang dipotong kecil.**
cara penyediaan :
- tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. kemudian masukkan udang (atau bahan mentah lain yang digunakan)
- terus masukkan sos cili. sekiranya u olls inginkan lebih pedas, u olls boleh hiriskan cili padi. letakkan garam secukup rasa.
- kemudian masukkan mix vegie dan akhir sekali masukkan tomato. siap utuk inti.
- goreng telur dadar nipis2 supaya senang nak roll. dan bolehlah letakkan inti tersebut dalam telur dan kemudian gulungkan telur tersebut dan di potong 2. siap!
main campak2 je menu ni dikala nak masak time sahur tu. senang teramat sangatnya. taknak try cuba untuk sahur esok ke? hehe.
Selamat Mencuba ! =)
No comments:
Post a Comment