**Berita Terbaru Blogger Lain**

26 June 2011

[ Resipi | Kek Batik (^_^)v ]

hye bloggers =)
bertemu kita lagi dalam rancangan....... "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". sebelum kita memasak hari ni, chef nak tanya kat u olls semua. dah try ke belum buat Puding Caramel yang chef ajar dulu? dah buat ke belum, dah buat ke belum? haaa kalau belum lagi, cepat2 buat. resipi pun chef dah bagi kan. kalau tak ingat, u olls semua boleh cek resipi Puding Caramel tu dekat sini.

so resipi yang chef nak kongsikan dengan u olls untuk hari ini ialah Kek Batik (^_^)v. haaa tunggu ape lagi, cepat lah amik pen dengan kertas catat bahan2 yang nak digunakan. hehehe. bahan2nya adalah :

1 packet milo (packet yang paling kecik pun dah cukup)
1 tin susu cair (chef guna jenama carnation jek)
1 buku buttercup (nak guna setengah butter jek)
gula (secukup rasa)
1 biji telur ayam
serbuk koko
biskut marie (guna perisa original, bukan perisa koko)

so sekarang chef nak tunjukkan cara-cara nak buat Kek Batik (^_^)v ni. yea...yea... chef tau ramai yang dah tau cara nak buat kan. takpe2, kalau ade pape tambahan boleh lah share2 kat sini ok. teheee.

first - cairkan setengah daripada butter dalam periuk. jangan gunakan majerin pulak eyh. kang berminyak pulak tak pasal2 kek batik korang tu. hehehe

kedua - lepas dah cair butter tu terus masukkan telur 1 biji yang sudah dipukul, susu cair 1 tin dan juga gula dalam periuk. then u olls kalau boleh jangan berhenti kacau bahan2 tu semua ok.

ketiga - tak lama lepas tu masukkan milo dan jugak sedikit serbuk koko. kuantiti milo tu bergantung kepada warna adunan tadi. serbuk koko jangan letak banyak nanti kang pahit puk, chef tak tanggung eyh. hehehe. kacau bahan2 tu semua sampai pekat macam gambar atas ni.

keempat - kalau dah pekat terus tutup api dapur dan masukkan separuh biskut marie dan kacau sehingga sebati.

kelima - boleh masukkan ke dalam loyang. then u olls kena lah mampat2 kan. kalau still ade ruang and milo tu still banyak lagi, u olls tambahkan biskut marie atasnya dan mampatkan sekali lagi. dapat bayangkan tak? dan kemudian bolehlah masukkan dalam peti sejuk untuk keraskan sikit. (peringatan : jangan terlalu banyak letak biskut marie, nnt keras tak best)

ni lah rupa Kek Batik (^_^)v chef pabila sudah keras dan setelah dikeluarkan dari peti sejuk. so, u olls boleh potong cantik2 and hidangkan.

sedia untuk santapan petang =)

SELAMAT MENCUBA!


Dapatkan hari ini juga SamsungGalaxyS2, lebih laju dan lebih nipis. -klik sini-


So you think you can dance? Pelajari street dance hanya dengan RM24.90 daripada RM125 harga asal. -klik sini-


18 comments:

jai said...

lapar pula ... tengok makanan

Nava.K said...

your step to step pics makes it so easy to make.

cik Lea said...

wow! kek batik macam sedap!

**hudalulu** said...

jai: jemput makan kalau lapar.. hehe

**hudalulu** said...

nava.k : yup..and its really easy to make it =)

**hudalulu** said...

cik lea : bukan macam sedap tau.. memang sedap! hehe

Ila Mhd Noor said...

laaa. senang je cara nak buat kek ni rupenye.. huhu ;) nmpak sedap ouh. nak try la nnt.

**hudalulu** said...

Ila : heheh..senang je kan? try tau nnt =)

Cik Miela said...

la ingt ke batik ni kena bakar kt oven,rupanya tidak..haha, nmpk sgt sy xtau

anish said...

anis sukaaaa kek batik! :D

btw, kalau nk modify, try pakai cream cracker instead of biskut marie, rasa dia lagi sedap sebab isi coklat tu masuk lam biskut, and tak manis sgt mcm biskut marie :D hehe. for me, lgi sedap. hee

mardhiah yusof said...

baru malam tadi try, tapi gne susu pekat dan tak letak telur.

resultnya kawan mak siap mintak resepi lagi^^

**hudalulu** said...

cik miela : hehehe... tak guna over pun...hehehe

**hudalulu** said...

anish : guna cream cracker eyh? hehehe nak cuba lah kalau camtu... tq dear =)

**hudalulu** said...

mardhiah : wah...susu pekat eyh? nak guna banyak ke? tak manis ke? hehehe. pape kongsi lagi eyh=) tq

haasyaa said...

Hi kak. I tried your recipe kak batik. Sangat-sangat membantu siap bookmark lagi blog ni hahaha terima kasih!! :D

sue_rayyan said...

best...nak try

**hudalulu** said...

hasyaa : wow, siap bookmark lagi tu. hehe. =)

**hudalulu** said...

sue_rayyan : memang best pun. try jgn tak try. hiks =)