**Berita Terbaru Blogger Lain**

22 April 2013

Instagram dan Keek

Hai blog readers :)

Rindu sgt kat blog buruk i ni lah. Tapi sibuk memanjang membataskan i nak update blog ni. Huhu too bad. Mana taknya, balik rumah terus carik katil dulu. Baring dalam setengah jam baru la mandi ngan buat ape yang patut. Org lain baring 2 3 minit. I bantai baring sampai setengah jam. Haha.

Semenjak i ade buah hati baru i ni iaitu ipad mini kesayangan intan payung i ni, bangun tido ipad. Sebelum tido ipad. Tengah drive pun sempat g tengok ipad ni. Almaklumlah, i xde smartphone yang canggh. I cuma ade bb je tau. Huhu. Sapa yang pernah ade bb tau lah kekurangannya ap kan.

So, nak dijadikan cerita... Sekarang ni TEROBSES dengan Instagram dan jugak Keek. Haha. Xde akaun 2 benda alah ni kang orang kata ketinggalan zaman pulak. Camne tu? Tak patut tak patut.

Kalau instagram, i suka follow kawan2 dan jugak artis. Wahh artis gitu. Hahahha. Fevret artis, nora danish. Mak aihhhh kenapalah beliau ni tersangat comel dan jugak stylo. Geram ade, jeles mestilah lagi ade. Hahha. Teruk!

And kalau keek pulak, i lagi suka follow artis yang dah ade anak. Contohnya tomok. Sapa tak tgok lagi video anak tomok yang "biasa die ni ". Kalau i dapat anak tomok ni, i cubit2 pipi die. Haha. Then Dr Halina. Awatlah anak beliau si bella tu bijak sesangat. Geram i. Rasa nak cium2 je. Haha

Kalau korang nak tau, i pernah buat video utk keek. Tp bila i tgok video sendiri, rasa macam annoying giler kot. Haha. Terus i delete video tu. taknak i bagi orang lain tengok. Maluuuu. Semenjak dari tu, i duk layan keek orang je lah.

Sebenarnya apa motif i certa ni yea? I pun kurang jelas sbnrnya. Haha. By the way, kalau sudi, meh la follow instagram i. Heheh. Tu je nak sampaikan. Haha.

Ok, bye :)



31 March 2013

Hubungan I Dan Kucing, Dulu Dan Sekarang

Hye blog readers :)

Korang nak tau x, dulu i memang tak suka sangat dgn kucing ni tau. Tapi xbermakna i bencikan kucing. Xde lah smpai kalau nampak je kucing i terus nak baling selipar. Tu dah kejam sgt tu. huhu.

Dulu :
1) kalau pegi kedai makan yang keadaan sekelilingnya i tengok mcm banyak je kucing, confirm i akan bersila. Sebab i takut kalau kucing tu manja2 kat kaki i. Mau terkejut beruk time tu.

2) kalau orang acah2 nk bg kucing dekat i, mmg confirm i menjerit. I takut kucing tu gigit or cakar i. Haha. Bajet manja sangat i ni. WALAUPUN kucing tersebut jinak.

3) i xsuka bulu kucing tu melekat2 kat baju. Sumtime terpikir cmne diorg yang selalu tido ngan kucing ni. Diorg xde alahan bulu ke? Huhu

4) emm ade sebab lain lg ke ey? Entahlah. I pun dh malas nk pikir. Hehehe

Tapi sekarang dah lain. Mr bf selalu ckp dengan i, "dengan kucing ni kita kena buat baik. Sebab hubungan die dengan manusia rapat. Lg pun sahabat nabi." Memang i perasan pun, kalau kitorang g kedai makan ke, then tibe2 ade kucing, mr bf akan bg sikit makanan kat kucing tu. penyayang sungguh. Haha.

Mr bf pun pernah ckp jgk " kalau macam kita buat tak baik kat kucing tu, mesti xlama lps tu something bad akan berlaku" emmm xpercaya mulanya, tp ramai pulak yg sependapat cmtu. Ok fine.... So sekarang i cuba untuk menyayangi kucing ni. Hehe.

Sekarang :
1) kucing mr br terlalu comel dan membuatkan hati ni tenang tengok kucing beliau walaupun cuma gambar.

And kalau korang nak tau, backgroud desktop i kat ofis n backgroud ipad i adalah gambar kucing. Dan kucing2 ni adalah hak milik mr bf i. Hahaha. Cekidout~










Updating live from....

Hai bloggers :) updating live with my new ipad mini.Hew hew hew. Semoga lepas ni i jadik rajin nak update blog. Hehe. Bye.

16 January 2013

Luahan Rasa Binasa

i tak tau nak letak title post kali ni ape. emmm sekadar luahan rasa dan jugak mungkin binasa. fyi, i dah pun dapat kerja tetap sekarang ni. syukur. yea, memang i syukur dengan rezeki tahun baru ni. cuma ade beberapa perkara yang membuatkan i rasa seperti teraniaya mungkin. tak pun, mungkin i sebenarnya perlu motivate kan diri sendiri. terima apa jua kerja yang diberikan untuk i. WALAUPUN kerja yang i buat ni langsung takde kena mengena dengan apa yang i belajar dulu. sedangkan apa yang dijanjikan adalah amat berlainan sekali. pada i, ia pembaziran sumber tenaga manusia. hmmm.

Ya Allah.. susahnya nak ikhlaskan hati ni. susahnya nak berhenti menangis secara senyap dalam toilet dan ketika buat kerja. tanpa sedar, tibe2 bertakung air mata ni. just like now when i updating this entry. susahnya..... senyum, masih lagi i mencuba untuk senyum selebar mungkin. tapi dalaman, hanya i yang rasa. hanya i! even my other half pun xdapat untuk lembutkan hati i. 

bila agaknya i dapat ikhlaskan hati ni? bila agaknya? bila?
bila agaknya i mampu tersenyum bila datang ke ofis?
betul ke keputusan yang i buat ni?