**Berita Terbaru Blogger Lain**

06 January 2011

[ perkara yang i rasa cerewet kot ]

hye bloggers =)
wahhh nak gtau kat korang i update entry kat ofis okeyh. berlagak semacam je dengan statement i tuh. hahaha. now lunch time. tapi hari ni i puasa lah. puasa sunat demi menjayakan azam jangka pendek i tahun ni. i nak kurus balik dalam masa mungkin 3 bulan. muahaha. ni gara2 i dah tak tahan dengan mr.boyfie yang tak habis2 cakap i semakin gemok, semakin tembam dan seumpama dengannya. isyhh jahat betol beliau. anyway baru2 ni i ade terbaca entry kat mane ntah pasal perempuan yang cerewat/kekwat ni. link tu i dapat dari fb cik FATIN RAZALI. then terpikir ape benda yang i memang betol2 cerewet. so i pun list down kan kecerewetan i ni.

1) duit terkoyak/duit diseletip


i memang pantang betol kalau dapat duit yang terkoyak ni. atau pun dapat duit yang dah diseletip. selalu terjadik kat i bile bayar dekat stesen minyak tak pun kat kedai runcit. mr.boyfie i pun dah kene tegur dengan i sebab bila beliau bayar and dapat balance, beliau selalu tak cek keadaan duit tuh. bila i cek duit tu and tengok terkoyak, i suruh beliau tukar kat kaunter balik. i tau mesti kebanyakannya lepas dapat duit terus masuk dalam wallet kan? pada i, duit yang terkoyak or diseletip ni akan menyusahkan i satu hari nanti. yela cuba korang fikir kalau korang nak bayar ape2 nanti sometime penjual tak terima kalau duit tu dah terkoyak. takkan time tu nak simpan buat koleksi 'duit koyak' pulak kan? isyhhh so mencegah lebih baik kan? kekeke

2) penyedut minuman a.k.a straw


ape yang i cerewet dengan straw ni? korang tau kan kaunter popcorn yang dekat panggung wayang tu. takpun dekat mcD. straw ni selalunya kan ade dalam bekasnya tersendiri. bila kita tekan, straw pun kuar. kadang2 bekas straw ni rosak. and kadang2 straw tu dah memang ade kat tempat kite tekan bekas straw tu. haa i memang pantang kalau amik straw yang dah terkeluar tanpa sengaja dari bekasnya tuh. agak2 korang boleh bayangkan tak ape yang i bebel ni? bukan ape, sebab i rasa straw yang dah terkeluar tu mesti dah macam2 tangan yang pegang kan? so macam geli sikit lah i nak guna. mr.boyfie i pun pernah kena tegur dengan i pasal benda ni. hahaha

3) waiting for someone


haa ni lagilah i rasa cam tak best tau. i sebenarnya memang tak suka tunggu orang. lagi2 kalau bab meeting2 ni. yakpun ape jua keadaan yang membuatkan i menunggu dengan kadar yang lama lah. hadoyyyy. memang mengeluh panjang lah jawabnya. cakap meeting pukul 9pm. aleh2,tunggu orang lah pergi tu lah pergi ni lah meeting start pukul 10.30pm. yea benda ni pernah berlaku kat i. meeting kolej. lain kali dah tau nak meeting, please be punctual okeyh! sebab i memang menyampah kalau bab2 nak tunggu orang ni. kalau 30 minit boleh tahan lah lagi. tu pun dah mula nak menyirap da. sebab bila i dah menyirap, i akan buat muka. i lagi menyampah kat diri sendiri bila i dah buat muka. hadoyyy. sebab i selalu cakap kat diri sendiri, i taknak buat orang lain tunggu i. dengan harapan i akan dapat balasan yang setimpal. penantian tu kan satu penyiksaan.

okeyh cukup 3 je i listdown kat sini. nanti korang pulak menyampah dengan i. tapi ade i kesah? hahaha. biasalah lain orang lain ragam. rambut je same hitam tapi hati lain2 kan. macam dah takleh guna pakai pulak pepatah tu. mane taknya, sekarang rambut pun dah macam2 kaler ade. gi saloon cakap je nak kaler ape, dijamin puas hati. hahaha. (mr.google punye gambar)

5 comments:

Rozuan Ismail said...

yg no 3 tu paling menyampah..tggu kawan berjam-jam plak.haishbosan giler

**hudalulu** said...

hahaha...i pun same je...bosan menunggu orang ni.letih. buat panas hati je.huh

Nadd said...

salam singgah.

sy paling tak suka no.1
paling benci no.3



T__________________T

Ery Farieha said...

bab menunggu tu mmg pantang.
sebab i jenis tak senang duduk.
so x suka tunggu lama2. lg2 kalo mmg takde benda nak buat.

**hudalulu** said...

nadd : ngeh..ngeh..ngeh... benci kan....hehhe

ery fariha : memang pantang tok nenak moyang lah. huhuhu.. sabor je lah...