**Berita Terbaru Blogger Lain**

28 January 2011

[ sah! FB dah tutup. takkan i nak kena buat drbook dr.rozmey tu pulak? adeh ]

hye bloggers =)
mesti korang ingat lagi cerita pasal yang si Mark Zuckerberg cakap facebook ni bakal ditutup bulan mac nanti kan? cerita lebih lanjut ko boleh tengok sini. time tu mesti korang semua dah risau giler kan. tp i ok je. cool giler lah senang citer. sebab benda tu kan rumors je. tapi sekarang ni, ape yang terjadik ialah facebook i dah ditutup lebih awal dari yang dijangka. i dah mula gelabah bagai tahap cipan.

movie THE SOSIAL NETWORK memang best!


lepas dah keluar citer pasal facebook nak tutup, maka si rambut cendawan a.k.a Dr. Rozmey pun kenalkan lah laman web sosial yang baru dan beliau merupakan pengasasnya. perghhh giler lah. memang mantap lah orang yang mengomennya kan. lagi2 kepada sesapa yang tak suke dengan beliau nih. aduyai. betol2 facebook dah ditutup ni. haisyh.


tapi mungkin jugak si rambut cendawan ni dah kotakan apa yang dia cakap. buktinya, tengoklah gambar atas ni. korang boleh klik sini tengok page Drbook ni. adeh. i dapat tau dari sumber Suarapeople.com ni. takkan i nak kena buat Drbook untuk gantikan facebook i yang dah ditutup ni? bertambah gelabah lah i sekarang ni. haisyhhh. cemana ni? cemana ni? i dah lah susah nak terima perubahan! damn!


korang ingat i tipu ke pasal facebook i kena tutup ni? i cakap betol tau. tak main lah tipu2 ni. nanti dapat dosa. buktinya, i baru print screen td. korang tengok url tu. i nak log in facebook, tapi tak dapat. banyak kali i cuba tapi still tak dapat jugak. benda ni dah berlaku sejak hari isnin lepas. semangnya i bosan tanpa facebook. senang cerita, "my life would suck without you, facebook". hambik kau. siap bermadah bagai.


i pun termenung je tak tau nak buat ape. nasib baik ade blog. boleh jugak i curahkan isi hati i ni. serius i bosan giler ni. bahagian admin ni tau ke i selalu bukak facebook kat ofis ni? sampai terus block memang tak leh nak log in langsung. haisyhh. dulu masa awal2 masuk kerja ni, i memang tau yang facebook ni di'block' time office hour. tp lepas tu ade lah hamba Allah ni bgtau cemana nak log in facebook ni tanpa kena block. tapi start hari isnin lepas memang tak boleh langsung nak log in. nanti die kuar macam gambar atas tu. so, sekarang ni i just boleh log in time lunch hour selama satu jam je. dah macam kat cc pulak. cuma tak kena bayar je. huhuhu. giler bosan weyh!!! waaa facebook i memang dah ditutup oleh pihak admin! i sedih+bosan=meroyan.

FACEBOOK I MUNGKIN DI'BLOCK' OLEH ADMIN OFFICE I
SILA JANGAN SALAH FAHAM


p/s: sape2 yang tau cemana nak elak page2 yang kena block ni kongsi ngan i eyh. almaklumlah. i ni buta IT sikit. huhuhu. ok bye.

4 comments:

bantalbucuk said...

erk..?? macam seram je bunyi dia..tapi kita punya boleh buka lagi..

**hudalulu** said...

bantal bucuk : baca entry sampai habis tak? bukan semuanya ditutup...tp ofis saya ni yang dah blog laman2 web sosial ni... huhuhu. mungkin admin ofis i dah tau kot...

misza said...

ok la tu, masih boleh bukak lunch hour.

Wan Gerrard said...

alamak, kamu kerja ngan Mark tu ke? :P

Check this out:
6 Soalan dari Imam Al Ghazali
Picture #39 - Update Liverpool