**Berita Terbaru Blogger Lain**

11 May 2011

[ sekarang i dah bekerjaya tau ^__^ ]

hye bloggers =)
actually i dah sebulan bergelar wanita bekerjaya tau. kekeke. macam masyukk sangat je nak guna perkataan 'bekerjaya' tu kan? hehehe. sekarang ni i kerja dekat Jabatan Perangkaan Malaysia. masuk kul 8.30am balik kul 5.30 pm. punch card i pun dah tak pernah merah lagi dah macam time practical dulu. hehehe. almaklumlah reputasi kena jaga beb. hahaha


rezeki kot sebab before this pun i practical kat sini jugak. cuma bahagian je lain. and... and... and... first gaji pun dah dapat tau. nak berlagak kejap even i kerja kat sini cuma sambilan je. =p first time rasa duit sendiri. walaupun untuk 3minggu pertama i boleh dikatakan menganggur kat dalam ofis. macam makan gaji buta jek. hikhikhik.


sebab apa i cakap 3minggu pertama tu i menganggur dalam ofis? sebab bos i takde. asyik outstation je. so i pun tak de la keje. nak tau ape i buat? haaa i belajar main SUDOKU. memang best. i berani bet r orang2 yang suka nombor ni memang suka main game SUDOKU ni. punyalah semangat i ni sampai beli buku SUDOKU tu. hahaha. semangatkan? =)

ha...cer buat...cer buat...

tapi start minggu ke 4 sampai lah sekarang ni, i dah mula ada kerja. so terpaksalah kerja kan. teheee. start minggu ke 4 jugaklah baru i dapat meja and komputer sendiri. cuba korang bayangkan 3 minggu pertama tu i kongsi dengan kawan baru i satu meja. so tu lah sebab i tak dapat nak update blog i ni. huhuhu.


i curik tulang kejap je ni tau. sebab takde keje. eyh, kalau memang takde keje, maknanya bukanlah curi tulang kan? curi masa jek. hehehe. update lambat2 karang terlupa terus pulak. lagi tak best. hehehe. ok lah. bye =)

8 comments:

Akmal Ezzah Alias said...

woooo.. mesti time prktikal nie disiplin bgs..heheh
saya baru ja nk hbs prktikal..hoh00

**hudalulu** said...

akmal ezzah alias : time practical dulu mane ade disiplin.. masuk kerja pun asyik merah je. dalam seminggu tu mesti kena merah punyalah..hehehehe =)

zati embong said...

mcamana rasa berkerjaya dik?hihi

Mitsuo said...

orang gomen! huhu

**hudalulu** said...

ZATI : wah...perasaan yea... lebih excited dari masa practical dulu..hehehe

**hudalulu** said...

mitsuo : hahaha..kerja je dengan gomen. tapi parti? jeng jeng jeng...kekeke

bantalbucuk said...

de keje kosong lagi tak kat situ..? hehe

**hudalulu** said...

bantal : erk..takde lah...kitorang pun kontrak je..huhuhu