**Berita Terbaru Blogger Lain**

25 June 2011

[ Penangan Maharaja Lawak Sampai Terkena Sawan? ]

hye bloggers =)

semalam bagaikan dilanda tsunami Maharaja Lawak. mana taknya, bila i bukak je fesbuk, masing2 dok buat status pasal Maharaja Lawak. tanya Maharaja Lawak start pukul bape lah? sapa yang menang malam ni lah? ahhh banyak lagi lah status kawan2 i semua tuh. hebat betul tsunaminya. so untuk 4 finalist yang berjaya masuk ke final, korang memang layak weyh! congrates to JOZAN, SEPAH, NABIL dan JAMBU.

so semalam i buat keputusan nekad nak balik rumah parents i. dak nak dekat kawasan rumah i tu, singgah kejap kedai makan Lady Finger nak beli makanan untuk adik i yang taknak ikut parents i datang bangi amik i. so, yang keluar g order makanan ayah i sorang je. umi dengan i dok dalam kereta je. perghhhh keadaan kat Lady Finger dah macam ape dah. dengan banyak giler motor ngan kereta yang datang kat kedai makan tu semata-mata nak tengok Maharaja Lawak dengan kengkawan masing2 or family. sesak weyh. sesak! tak percaya?i ade bukti tau.

ni baru sebahagian kawasan Lady Finger je dah penuh! nampak tak skrin besar tu. tengah tengok ML la tuh.

ni pun bukan keseluran tempat parking kawasan Lady Finger. hebatkan ML?

tengah dok borak2 ngan umi i dalam kereta, tiba2 umi i tanya, "tu kenapa pulak ade orang kena papah tu?" at that time, i was like hah mane2? beriya mencari. so i ape lagi, keluarkan nset terus tangkap gambar kejadian yang berlaku. kekeke.

hah nampak tu tengah ramai2 dok usung sorang hamba Allah ni tak sedarkan diri

terus hamba Allah tu di masukkan dalam kereta nak hantar balik kot.

time ni still tengah kecoh. adeh, ade orang nampak i amik gambar pulak. kantoi!

so kereta biru tu terus masuk dalam kawasan kampung. so memang sah hantar balik rumah la kan.

i dah tertanya2 da. apekehei nya sampai kena usung2 tu. so bila ayah i masuk je balik dalam kereta, i pun terus tanya apa yang dah jadik sebenarnya kat Lady Finger tu. and my abah said, "orang tu terkena sawan." OMG. takut pulak i dengar tiba2. macam mana boleh kena sawan? penangan Maharaja Lawak sangat hebat sampai orang boleh terkena sawan. ngeee. uppsss. sorry. so i sediakan jugak sikit informasi pasal sawan ni ok. ^___^

Apa itu Sawan Babi?
Sawan babi boleh digambarkan sebagai episod mengejut pembebasan elektrik yang memberi kesan terhadap sekumpulan saraf, bermula hanya pada satu bahagian otak dan kadang-kalanya dapat merebak ke keseluruhan otak untuk menjadi keabnormalan yang menyeluruh.

Punca-punca berlakunya Sawan Babi
-Idiopati – punca-punca yang tidak diketahui.
-Warisan atau familial - contohnya petit mal
-Kecacatan perkembangan – contohnya rubella intrauterin, radiasi.
-Renjatan (trauma) kelahiran, contohnya pendarahan serebral
-Anoksia (ketiadaan oksigen) semasa bayi atau kanak-kanak.
-Tumor
-Salur darah – contohnya, penyempitan salur-salur darah yang mengalir ke otak.
-Jangkitan, contohnya sawan yang diakibatkan oleh demam (konvulsi febril), meningitis
-Keradangan – contohnya sklerosis multipel

Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat sesorang?
Sekiranya kita melihat seseorang itu tiba-tiba kejang, longgarkan pakaian terutama di leher dan dada agar ia bisa bernafas. Sekiranya lidah tergigit, jangan memaksa tangan masuk ke dalam mulut kerana boleh menyebabkan terjadinya retak rahang, patah gigi, cedera mulut serta kecederaan jari kita sendiri. Lidah yang tergigit sudah pun tercedera pada saat awal serangan berlaku dan usaha kita untuk cuba membebaskan lidah adalah sia-sia. Bawa pesakit ke tempat yang jauh dari bahaya seperti ke tepi jalan ataupun menjauhi rak televisyen. Miringkan pesakit agar air liur tadi yang keluar tidak tersedak dan tidak tertelan lidahnya. Pastikan anda berada disisi pesakit hingga serangan kejang berhenti. Umumnya serangan akan berhenti sendiri sekitar 2 hingga 3 minit. Kemudian bawa ke hospital berdekatan.







1 comment:

Anonymous said...

malam tu...meriah gila..semua mcm nak tngk bola...hahaha....