**Berita Terbaru Blogger Lain**

26 July 2011

[ Sinopis | Drama Supermak @ TV3 ]

hye bloggers =)

drama Juvana yang ditayangkan di TV 3 dah pun habis last week. so semalam dah keluar drama baru Supermak pulak. i mulanya tak layan cerita yang ala2 superhero ni. dari dulu lagi. dulu ade cerita pasal hero papaya lah. entah ape tajuk die pun i tak ingat dah. tapi semalam, for the first time i layan cerita yang karut marut camtu dalam drama Supermak ni. erm not bad jugak jalan ceritanya. lawak and boleh buat gelak2 jugaklah. lagi2 bila Nasha Aziz berlakon. memang comel je i tengok die. hehehe.

Sinopsis Drama Supermak :

Supermak mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Amy Salim ( Nasha Aziz) yg jugak surirumah sepenuh masa ada kuasa dan kekuatan luar biasa ( kira cam superman lah ni). Amy Salim rupanya mempunyai kuasa tersebut dari warisan nenek moyangnya berketurunan dari Riau.

Neneknya yang bernama Thani dulu pernah selamatkan burung garuda yg terkena panah dan cedera. Panah tu pulak dari kayu yang susah dicari. Setelah Thani selamatkan burung tu, tetiba ia bertukar jadi seorang wanita jelita. Wanita tu telah memberi 5 kuasa sakti kepada Thani kerana nak balas jasa Thani. Kini kuasa tu diwarisi oleh Amy Salim.

Amy sudah berkahwin dan suaminya seorang polis, mereka hidup bahagia dan ada 2 orang anak iaitu Ayesha dan Amril.
Kebahagiaan mereka akhirnya diganggu oleh musuh tradisi nenek moyang Amy iaitu muncul lah Bashar ( Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur yang mula mengganggu ketenteraman awam. Bashar ni ditakuti oleh semua orang sebab ada kuasa api yg kuat. Kiranya dalam Supermak nant korang leh la tengok Nasha bertarung dgn Zul Yahya..hehehe!!

Akan muncul lagi beberapa watak yang ala ala X men dalam Supermak ni iaitu watak Camelia yg ada kuasa ais, salah seorang pewaris dari nenek moyang Amy yang nak berebut pingat yang telah retak pada zaman lampau. Camelia dan Bashar telah bersatu untuk berlawan dgn Amy.

Watak komedi lain dalam Supermak ni ialah Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.


kalau tengok daripada nama barisan pelakon drama Supermak ni, i rasa macam ramai je yang i tak kenal. pelakon baru ke or i yang jarang amik tau dunia hiburan ni? hahaha. ape2 pun, kita layan je lah tengok Drama Supermak ni bermula 25/07/2011 semalam. semuanya ada 13 episod. so jangan lupa, setiap hari Isnin jam 9.00 malam mesti dah tercongok depan tv3 ok? =)

Nasha Aziz sangat cantik!

p/s : credit to Nurizspace ^__^

2 comments:

mizzbutterfly said...

perasan tak..hidung nasha aziz dah lain gile...dah tak cun mcm dulu..tgk la bik...

**hudalulu** said...

yeke? hahaha...stalker naaa...kekekek... tapi mmg nampak macam lain sikit...