**Berita Terbaru Blogger Lain**

09 August 2011

[ Info Sihat - Gastrik Bukan Alasan Untuk Tidak Berpuasa ]


hye bloggers =)

minggu ni dah masuk minggu kedua kite berpuasa kan. so camne? ade masalah ke? so far, i still lagi penuh puasa lah. hahaha. biasalah pompuan kan, nak buat cemana kan. ngeee. tapi tu kire takpelah jugak sebab ade excuse untuk tak berpuasa. tapi ade yang selalu carik alasan sakit sebab taknak puasa. alasan lapuk yang selalu orang2 camni akan bagi, "saya ada GASTRIK. mane boleh puasa". haaa ni yang tak boleh jadik ni. saje je taknak puasa kan? isyh isyh isyhhh *gelengkepala* so kali ni i nak share beberapa perkara yang i rasa korang perlu tau pasal penyakit GASTRIK ni.


APA TU GASTRIK?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

TANDA-TANDA GASTRIK
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antaranya sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), perut rasa senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, loya dan muntah, hilang selera makan dan pada peringkat teruk, ia boleh menyebabkan berat badan menurun.

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebab–kan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.


KENAPA ORANG RAMAI CAKAP GASTRIK BANYAK TERJADI TIME BULAN PUASA?
Anggapan ini kurang tepat. Apabila kita berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman berehat, yang bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi.

Sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak ‘terkejut’.

Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib dan baru diambil makanan lebih berat.

Malangnya apabila tiba waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Makanan yang kompleks (contohnya mengandungi banyak rempah, lemak dan pedas) boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka.


TIPS UNTUK BERPUASA BAGI MEREKA YANG GASTRIK
=) Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
=) Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
=) Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
=) Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur
=) Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
=) Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya
=) Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
=) Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini
=)Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong
=) Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


alhamdulillah masalah gastrik i tak serius mane pun. masa hari pertama and kedua puasa memang terasa sakit sangat perut ni. tapi lepas beberapa hari, perut i pun cam dah biasa untuk berpuasa. bab makan pulak, i memang tak boleh makan benda pedas sangat. kalau tak mesti perut i pedih. kalau mr. boyfie ade dengan i time perut i pedih, mesti solutionnya pergi makan aiskrim. hehehe. tak lama lepas tu perut i pun ok. plus, i ni memang jenis tak suka makanan yang terlalu berempah ni. huhuhu. even kari pun i jarang makan. pernah jugak kadang-kadang bila i dah makan tapi muntak balik. adeh, serius lembik badan i kalau jadik camtu. pity me.

so, kalau korang memang berpenyakit gastrik, pegilah jumpe doktor tanya cara untuk berpuasa. ni tak, janganlah jadikan alasan sakit tu sebab taknak puasa. kang korang jugak yang susah nak kena ganti balik and so on. ok lah i nak pesan kat korang and untuk diri i sendiri jugak, jaga kesihatan time bulan Ramadhan ni yea. hehe. tinggal beberapa jam je lagi nak berbuka kan? selamat berbuka korang!

4 comments:

cik ETTY said...

thanx 4 d info.
ley share kt my adik.
dy gastrik.

Ahmad Uzair said...

telan alkali byk2 bg neutral

**hudalulu** said...

cik etty : welcome...sharing is caring =)

**hudalulu** said...

ahmad uzair : contoh alkali ap eh yg boleh di telan begitui shj??