**Berita Terbaru Blogger Lain**

16 August 2011

[ Tips | Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka ]

hye bloggers =)

entry kali ni i nak tujukan khas untuk mr.boyfie and umumnya untuk pengetahuan korang semua lah. hehehe. lately ni, mr.boyfie selalu mengadu yang mata beliau dah tak jelas sangat bila tengok signboard jalan waktu malam. hari ahad lepas pulak, kitorang pegi tengok movie Cowboys & Aliens and beliau mengadu lagi tulisan kat skrin dah jadik kabur. masalahnya bukan tulisan kat skrin tu yang kabur. tapi mata mr.boyfie yang dah rabun sekarang ni. ngeee. risau pulak rasanya. dulu2 pernah jugak die cakap camtu. tapi i ingat macam tak serius lah. so i sarankan makan carrot. yelah, carrot kan boleh kurangkan rabun bagi yang tak berapa nak serius lagi tu. tapi boleh pulak beliau cakap carrot tu tak sedap. adeh! and now i perasan tahap kerabunan beliau tu semakin menjadi-jadi. kesian *gelengkepala*

so i suruh mr.boyfie pegi cek tahap rabun beliau tuh. bahaya rabun2 ngan silau2 ni sambil drive. isyh isyh isyh. mr.boyfie tanya i nak pilih bentuk cermin mata yang camne? tapi ade ke patut beliau nak pakai spek yang bingkai tebal tu? stylo katanya. huhuhu.


i tak dapat bayangkan muka mr.boyfie macam mane. huhuhu. so kat sini i nak share tips-tips untuk korang and jugak mr.boyfie i tu cara untuk memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka.


Bentuk Muka Petak
Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya….
Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.



Bentuk Muka Bujur Sirih

Dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik. Kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.

Bingkai cermin
mata yang sesuai:
· Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.



Bentuk Muk
a Oblong
Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.



Bentuk Muka Bulat
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.



Bentuk Muka Di
amond
Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
  • Frameless adalah pilihan yang sesuai.
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.
Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).



Bentuk Muka H
ati
Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.
Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.



Bentuk Muka Segi Tiga
Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.



walaupun dah nak masuk 2 tahun(22/08) i dengan mr.boyfie ni, tapi i tak perasan pulak bentuk muka die cemane. hahaha. korang boleh tolong i tak? tolong bagitau bentuk muka mr.boyfie i ni bentuk muka ape? kekekek.

so korang2 yang pakai cermin mata tu dah pilih cermin mata yang sesuai ke? lagi2 perempuan ni. tambah pulak yang pakai tudung tu mesti nak carik cermin mata yang bila pakai tudungnya tak kembang kan? hahaha. i tau lah sebab actually i pun rabun jugak. tapi i cuma pakai cermin mata bila kat rumah jek. kalau keluar mane2, i pakai contact lense. tapi kan korang, bila tengok lelaki pakai cermin mata ni nampak cool kan? hehehehe.

1 comment:

wawahida idris said...

muka saya bulat, jadi sy pakai spek petak. hihi