**Berita Terbaru Blogger Lain**

24 February 2012

[ Info Sihat : Kebaikan Minum Air Putih ]

hye bloggers :)

kali ni i rasa macam nak share ngan korang pasal info sihat lah pulak. pasal kebaikan minum air putih atau air masak atau air mineral atau air kosong. ahh ikut korang lah nak panggil apa pun. hehe. ternyata memang banyak sangat yang kite akan perolehi sekiranya minum air putih ini. so jom cek ape kebaikan minum air putih ni.

1) menguruskan badan - berita gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. sebenarnya nak cakap yang i memang tengah diet pun. kekeke :P

2) Meningkatkan kesuburan - Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada perempuan.

3) melancarkan sistem pencernaan - Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4) melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser - Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5) perawatan kecantikan - Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6) tubuh lebih segar dan sihat - Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7) menyihatkan jantung - Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8) ubat kepada penyakit strok - Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


yang ni botol air i yang selalu i bawak g ofis. bawak air dari rumah tau. sbb i tak suka air putih kat ofis ni. rasa dia lain macam. haihhh. sepatutnya kita digalakkan minum air sebanyak 3 liter sehari. tapi botol i ni baru 1 liter. tambah malam duk kat rumah anggaran minum 500ml. still tak mencukupi lagi. tapi bila banyak sangat minum, perut i rasa bloating semacam sampai rasa nak muntah. so minum lebih kurang 1500ml je sehari. halalkan je lah. hehe.


korang kenal tak ngan Izara Aisyah ni? si cantik manis lagi cute ni ade perangai pelik sikit. beliau langsung tak boleh minum air putih a.k.a air kosong a.k.a air masak ni. beliau kena minum air yang berperisa je. pelik sungguh. tapi body still maintain. teheee. and fyi, i minat sangat ngan die ni. dah macam Selena Gomez. comel!

hehehe. sedikt info yang i boleh kongsikan dengan korang semua :) renung-renungkan dan selamat beramal

2 comments:

Mun said...

hmmm moon terlebih minum air kosong..hehe.. sehari biasanya 4-5 liter.. tu paling sikit laa..

**hudalulu** said...

haaa? banyaknya minum... ngeee.. huda 1 litter tu pun mcm dh banyak.. adeh.... hehe