**Berita Terbaru Blogger Lain**

02 August 2012

Pandangan Tentang Minggu Akhir Dejavu Di Kinabalu

hye blog readers =)


sapa yang layan Slot Akasia TV3 jam 7pm sampai 8pm mesti jadik tak sabar nak tunggu petang ni kan? pengakhiran cerita Dejavu Di Kinabalu. siapa antara Ammar dan Bazli yang menjadi pilihan Nadira. siap minggu lepas boleh undi lagi. korang undi tak? mcm membazir je undi tu. muahahaha.

tapi pada i bila tengok iklan yang untuk akhir ni macam Nadira pilih Ammar je kan. sebab masa Nadira kat hospital, dalam keadaan tak sedarkan diri(mungkin mengigau kot) still lagi dok sebut nama Ammar. kalau i jadik Bazli, hancur luluh hati i ni tau. huhuhu. mana taknya, Bazli yang banyak bekorban untuk Nadira. alih2 Nadira curang. "takpe Bazli, kalau Nadira taknak u, i kan ada. eyh! haha."

at first bila tengok drama ni macam best la kan. hero pun nsem2. tambahan lagi yang buat nak ketawa bila ada Yuzra kawan baik Nadira. seriously, wujud ke kawan baik yang betol2 terbaik macam dalam drama tu? macam tak percaya je ada kat dalam dunia ni. tolong realistik sikit boleh? kekeke.

tapi semenjak Nadira dah tau jantung yang ada dalam badan die tu berkemungkinan adalah jantung kekasih Ammar yang dah meninggal, haaa start situ i dah mula menyampah sikit dengan drama ni. sorry lah kepada peminat Dejavu Di Kinabalu ey. mana taknya, asyik meroyan je. menjerit sana menjerit sini. ape kejadahnya? lepas tu nak bunuh diri la. ape kejadahnya? dah bagi hidup nak mati pulak. apa kejadahnya? hahaha. emosi kan i?

lepas tu kemunculan Tira yang sakit mental tu. hahaha. memang buat i tergelak lah. kekeke. dekatkanlah diri tu dengan Tuhan. kadang2 bila buat drama tu, cuba lah bagi mesej yang berguna sikit. alahai..... Tira ni pun satu kes. putus cinta je pun sampai dah taknak hidup lagi. macam2!

ni pandangan i. korang pulak camna? sapa yang akan Nadira pilih untuk episod akhir Dijavu Di Kinabalu hari ni? so, jom layan video promo kat bawah ni. mungkin korang boleh teka. heee.


1 comment:

Qu azniza ;) said...

yes setuju dengan pendapat u. sal tira... ngn yuzra tu hahah