hye blog readers =)
tengok pada tajuk entry pun dah tau i nak cerita pasal ape kan? sebenarnya sekarang ni i tengah kena ulcer mulut. huhu. punya lah dah lama i tak pernah kena dah ulcer mulut ni. sekali start semalam lepas bangun tidur nk siap2 pegi kerja terasa bibir ni macam bengkak je. apehal pulak lah dengan bibir ni. belek punya belek, huwaaaa ade ulcer!
sesetengah orang panggil ulcer ni mata ikan. bentuk macam mata ikan agaknya? tapi dari kecik dulu umi i cakap ulcer ni 'pecah mulut'. tak tau lah ada antara korang yang guna perkataan pecah mulut ni. bila pikir balik, apehal lah 'pecah mulut' kan? hahaha. but now, i panggil ulcer. moden sikit! kekekeke.
hahaha. korang nampak permata dalam mulut i tu? kena ulcer kat bibir bawah sebelah kiri. bangun tido je bibir rasa bengkak. pagi2 nak gosok gigi pun kena berhati2. pedih woooo. ni pun kat ofis i jadik tak banyak cakap. selera nak makan pun kurang. rasa nak makan bubur je. balik kerja nnt, singgah mcd kejap lah. huhu.
Punca Ulcer Mulut
secara tradisionalnya, umi i bagitau punca ulcer mulut ni disebabkan cuaca sekeliling terlalu panas dan kurang minum air masak. emm ada logiknya jugak. sebab masa balik kampung raya haji baru ni, dok minum air ais je. lepas tu cuaca pulak memang panas betol. sampai rasa macam xleh nak bukak mata. tambah2 i pakai contact lenses. terasa macam boleh cair la contact lenses yang i pakai tu sbb panas sangat cuaca. huhuhu.
tapi kalau secara saintifik/klinikal, banyak faktor yang boleh jadi penyebab terjadinya ulcer ni. so jom tengok beberapa punca yang kadang2 kita tak tau atau pun tak sedar. ataupun korang boleh google sendiri tengok. ngee.
1) kecederaan pada lapisan nipis mulut disebabkan tergigit bibir, termakan makanan yang tajam atau pun air yang terlalu panas smpai melecur mungkin.
2) kekurangan zat dalam tubuh badan macam zat besi dan acid folic
3) tekanan perasaan (erk bior betul?)
4) imuniti yang lemah
Rawatan Ulcer Mulut
umi i selalu cakap, "along, bibir dah merah tu. banyakkan minum air. nanti kang kena pecah mulut." hahaha 'pecah mulut' tu. tp seriously i agak kurang minum air. tak patut betul. bila dah terkena ulcer, sibuk2 mengadu kat umi. hehe. so, kat situ ada 1 rawatan untuk ulcer mulut iaitu, minum air masak dengan kerap.
so ni dia botol air masak yang memang i bawak ke ofis selalu. terpaksalah minum air masak dengan banyak sempena terkena ulcer mulut ni. sempena? teruk betul tatabahasa i ni rupanya. haha.
letak bonjela ni paling best untuk i. pedih memang pedih, tapi memang tersangat cepat eloknya dalam 3 hari ke seminggu. tapi kerugian bila beli bonjela ni adalah, i tak sempat nak habis guna dah sampai tarikh luput die. korang yang ada bonjela ni, make sure alert dengan expiry date die ok. takut2 kalau dah ter'expiry date' tapi korang still pakai, karang makin teruk pulak. huhuhu. jangan buat main ulcer mulut ni. kalau terus sangat boleh jadik barah. nauzubillah.... minta dijauhkan Ya Allah....
ada jugak yang cakap letak garam. kaedah rawatan ni i guna untuk pencegahan je selalunya. contohnya kalau terasa macam ada biji dalam mulut ni, terus je letak garam. InsyaAllah kecut biji tu. tapi kalau letak garam time ulcer ni tengah kritikal macam skrg yang jadi pada i ni (refer gambar atas sekali), jawapannya memang tak lah. sebab i rasa letak garam lebih pedih dari letak bonjela. huhu.
tapi kalau korang pegi klinik jumpa doktor, selalunya doktor akan bagi ubat untuk kumur tu. sebab ulcer ni terjadi daripada bakteria dalam mulut jugak. so yang penting kena jaga kesihatan dan kebersihan mulut. kurangkan makanan yang terlalu berempah dan jugak pedas tapi banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
walaupun hakikatnya i suka bercakap, tapi buat masa sekarang ni i jadik seorang yang sombong sikit lah sebab tak boleh nak bercakap sangat. sakit! hahaha. semoga cepat sembuh buat diri i sendiri. boleh makan sedap2 lepas ni. ehh? haha. sharing is caring, caring is loving =)
ok,bye
No comments:
Post a Comment