hye blog readers =)
i sedar mula sakit tekak ni sejak khamis malam jumaat minggu lepas. malam i demam teruk tu lah. tapi sakit tekak ni bukan jenis yang buat kita takde suara tu tau. tapi jenis perit. nak telan air liur pun, Ya Allah...sampai kerut2 kening i nak bagi air liur tu tertelan. dapat bayangkan tak? so i cuma bergantung pada gula2 sakit tekak dequadin tu. bila makan, memang rasa lega sebab gula2 tu berangin tekak pun jadik sejuk je. tapi bila tak makan, haaa hambik azabnya, perit yang teramat sangat. risau jugak ni takut2 jadik ulcer kat tekak pulak ke kan? tonsil ke? huhu. dok nganga2 mulut depan cermin nak tengok anak tekak tu. tapi xnampak ape pun. haha. so, borak lah dengan mr.bf semalam mengadu pasal sakit tekak ni.
motif sakit tekak suruh beli aiskrim mcd?
ohhh demand jugak tekak ni, nak eskem vanilla mcd je!
so, apa hubungan antara sakit tekak dan aiskrim vanilla ni? sebenarnya, aiskrim vanilla ni menyejukkan ulser kat tekak yang sedang membengkak dan 'memanas' tu. kira jadik ubat jugak lah. tapi aiskrim vanilla je tau. haaa aiskrim vanila jenama apa2 pun boleh. bukan lah mcd sahaja. mungkin ada khasiat yang kita tak tau dalam perisa vanilla yang datangnya dari bunga vanilla tu kan. jangan korang g bedal aiskrim lain pulak. makin teruk, i tak tanggung yea!
huhu cadangnya i nak pegi klinik and jumpa doktor la balik kerja nanti. nak tau apa dah jadik kat tekak i ni sebenarnya. huhu. hope nothing serious. risau ni. sakit2 ni takde selera nak makan. "eleh takde selera konon, pagi tadi sarapan dah bedal 2 mangkuk laksa sarawak." eyh, bermonolog pulak. haha. doakan semoga i cepat sembuh yea.
ok,bye
No comments:
Post a Comment