**Berita Terbaru Blogger Lain**

08 January 2013

Terima Kasih Jabatan Perangkaan Malaysia 2011-2012

hye blog readers =)

fuhhh sekian lama tak update blog buruk ni. janji i untuk terus menerus mengupdate blog dimungkiri lagi. hadoi.. kesian dekat hudalululoveyou.blogspot ni. mood untuk mengupdate blog tu tak datang. i pun tak tau kenapa. to bad =\

tujuan utama i tulis entry ni sebab nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Jabatan Perangkaan Malaysia sebab bagi i menimba pengalaman kerja sebanyak yang mungkin di Bahagian Imbangan Pembayaran. start dari 4/4/2011 sampai 31/12/2012. walaupun i cuma pekerja sambilan harian yang gajinya dibayar mengikut bilangan hari bekerja, tapi i tetap syukur. syukur kerana i bermula dari bawah dan dinaikkan pangkat kemudiannya. bermula sebagai pembantu perangkaan(pembantu penolong pengarah) dan dinaikkan pangkat kepada perangkawan(penolong pengarah). terasa diri ni dihargai tau.

sebenarnya, khidmat i masih diperlukan kat bahagian tu sebab i ada handle satu projek yang mana projek tu i yang mulakan dari A to Z. tapi projek tu sekarang terpaksa disambung oleh orang lain. sepatutnya kontrak i dengan Bahagian Imbangan Pembayaran ni akan sambung start minggu depan. tapi i terpaksa tolak cara baik keranaaaaaaaa rezeki tahun baru yang Tuhan kurniakan ni tak dapat nak dielak. hehehe. Alhamdulillah, hari ni i mula kerja di tempat baru. yang penting, KERJA TETAP ok! haha. cerita pasal tempat kerja baru ni. next entry i akan cerita k. hewhewhew. 

selama i ade kat Bahagian Imbangan pembayaran ni, i macam ade lagi satu family yang selalu buat i ketawa sampai nak menangis dan jugak i ada tempat mengadu domba sampai i menangis teresak2. hahaha. bila teringat balik, mau tersengeh sorang2 mcm yang i buat sekarang ni. ngee. bab makan kat bahagian tu, jangan lah risau. ahkak2 teres yang rapat dengan i kalau ade makanan je mesti panggil i. heavennya! haha. kenapa i panggil ahkak2 teres? muahahah. sebab tempat duduk diorang dekat2 sebelah2 je. nak bergosip pun boleh. tapi tempat duduk i diorang panggil banglo sebab i duduk sorang2. hehe.

arghhhh!!! rindunya dengan semua tu. semalam sempat jumpa diorang semua and said gudbye. rasa nak menangis. tapi kaver buat2 gelak. i tau, ade sorang ahkak tu mesti akan baca blog i ni. hehe. "kak zura, tengah baca blog fai ey? hehe. rindu kat ahkak2 kesayangan fai semua. kirim salam kat diorang ey."




ni antara mereka-mereka yang selalu buat i ketawa. panjang umur, kita jumpa lagi =)

bye

2 comments:

@ju said...

Fai....rindu sangat....nak termenangis dah nih....
akak-akak teres....kahkahkah...kelaka sangat...
Gud luck fai....jgn lupa kitorang suma....

**hudalulu** said...

kak zura : jangan nak termenangis pulak ey.. happy2 selalu tau.. heee =)