**Berita Terbaru Blogger Lain**

19 November 2012

Resepi | Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v

hye blog readers =)


tu diaaa... semakin kerap pula rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" ni bersiaran pulak kan? hehe. demi untuk tidak membiarkan blog buruk chef ni bersawang dengan lebatnya. bersawang dengan lebatnya? apa punya bahasa daa.. haha. berbalik pada gambar di atas, seperti biasa chef akan berkongsi dengan u olls semua resepi yang mudah2 je. yelah, chef kan seorang chef yang amateur lagi tak berpengalaman. hehe. resepi kali ni berbunyi Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v.

bahan-bahan : 


10 batang isi ketam/crab stick (rebus sekejap)
1 batang lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang yang kecil saiznya (disagat)
1 pokok daun bawang (dihiris sebesar 1 inci)
kulit popia secukupnya
tepung gandum & air (dibancuh sebagai pelekat kulit popia)

cara penyediaan : 

  • kulit popia di lerai dan diletakkan di atas pinggan.
  • kemudian letakkan lobak merah, sengkuang, daun bawang dan isi ketam/crabstick di atas kulit popia.

  • lipatkan kulit popia tersebut untuk menutupi intinya dan gulungkan. sebelum sampai ke penghujung, sapukan bancuhan tepung tadi ke atas kulit popia supaya kulit popia boleh melekat.


  • panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan. 
  • angkat dan toskan. siap!
bahan untuk sos : 

10 biji cili merah (dibuang bijinya)
1 cawan air
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
garam secukup rasa
tepung jagung & air (dibancuh untuk memekatkan sos)

cara penyediaan sos : 

  • kisarkan cili merah, bawang putih bersama sos tomato, gula, cuka, garam dan air sehingga sebati.
  • selepas dikisar, masakkan bahan tersebut hingga mendidih dan kemudian masukan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
  • masak sos hingga nampak pekat. tutup api dan siap! (jangan lupa untuk rasa terlebih dahulu sos tersebut. kalau rasa seperti tak lengkap garam dan gulanya, sila tambah mengikut kepuasan sendiri yea)
siap! rangup2 kulit popia gitu. lembut2 isi ketam gitu. manis2 sengkuang gitu. hehe. resepi ni chef buat semalam untuk minum petang bersama keluarga. umi and abah chef suka. seronok kan bila kita tengok orang lain makan masakan kita walaupun sesimple mungkin. hehe. mungkin hujung minggu bersama keluarga nanti u olls boleh try Popia Goreng Isi Ketam (^_^)V ni. hehe.

 
selamat mencuba! =)


No comments: