**Berita Terbaru Blogger Lain**

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

10 December 2012

Resepi | Durian Crepe (^_^)v

hye blog readers =)


chef huda kembali lagi dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" hikhikhik. fuhhhh rasanya kita ni masih lagi dalam musim durian kan? so chef rasa masih tak terlambat lagi untuk try resepi lain yang berkaitan dengan durian ni. kali ni chef nak kongsikan 1 resepi sebagai pemanis mulut yang sanagt femes ames kau memang da bomb. apa lagi kalau bukan Durian Crepe (^_^)v. 

bahan-bahan : 

250g tepung gandum
400 ml santan(chef gunakan perahan santan. nak guna kotak pun boleh)
150 ml air
3 biji telur
1 penutup esen vanilla
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
garam secukup rasa
whipping cream (dipukul hingga kembang untuk inti) 
isi durian yang dilenyek (untuk inti) 

cara penyediaan :

  • gunakan mixer untuk adunkan tepung, santan dan air hingga sebati.
  • kemudian masukkan telur, esen vanilla, pewarna kuning telur dan garam. adun sehingga sebati.
  • adunan yang telah siap perlu ditapis terlebih dahulu untuk mendapatkan crepe yang halus mulus.



petua : seandainya terasa adunan tu agak pekat, tambahkan air supaya adunan menjadi ringan sedikit dan lebih mudah untuk membuat crepe yang lebih nipis.
  • panaskan non stick pan dan oleskan sedikit butter ke atasnya. kemudian letakkan sesenduk adunan ke dalam non stick pan tersebut. ratakan adunan sekeliling pan. ala2 macam buat lempeng.


  • jangan terbalikkan crepe dalam pan. sebab bahagian yang garing akan jadi bahagian dalam untuk letak inti. kalau bahagian atas dah kering, terus angkat je crepe tu. kalau chef, chef terbalikkan terus pan tu atas pinggan. dapat bayangkan tak?
  • last sekali, bila dah siap crepe2 tu semua, proses untuk letakkan whipping creme dan jugak durian atas crepe tu.


  • lipatkan macam nak balut hadiah. hahaha. supaya jadik macam bentuk bantal.
  • masukkan dalam peti sejuk. makan time sejuk lagi sedap!

fuhhh... nak buat die punya crepe memang mencabar. tapi xpe, yang susah tu la yang jadik sedap. nak dapat durian crepe yang dijual chef rasa macam agak susah kalau nak cari area luar selangor dan kuala lumpur. so lepas ni, korang boleh buat selalu durian crepe ni kan? chef sendiri buat dah masuk 2 batch. 1st batch, crepe tebal. bila lipat jadi tak cantik. 2nd batch yang macam dalam gambar atas sekali tu. crepe nipis, bila lipat jadik cantik. yummy sangat!

ohh gambar yang ada tag cik epal, chef pinjam dari blog cik epal. resepi pun amik dari cik epal jugak.  cuma adjust part air je kalau adunan terlalu pekat. khusyuk sangat buat durian crepe ni sampai tak menyempat nak amik gambar sendiri. kekeke. tapi gambar Durian Crepe (^_^)v yang dah siap dibungkus tu memang chef punya tau. esok cuti maaa. boleh korang try!


selamat mencuba! =)

24 November 2012

Resepi | Pengat Durian (^_^)v



hye blog readers =)


"MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" kembali bersiaran. hehehe ewahhh kemain lagi sekarang ni setiap minggu ade resepi kan? so, sempena tengah musim durian ni, chef pun nak share resepi yang berkaitan dengan durian jugak ni. macam biasalah, resepi dari chef huda ni memang sesimple yang boleh punya. haha. and resepi yang chef nak kongsikan hari ni adalah resepi Pengat Durian (^_^)v

bahan-bahan :

10-15 ulas durian
1 biji perahan santan
1 cawan air
3senduk kecil gula (kuantiti gula bergantung kpd individu)
sedikit garam

cara penyediaan : 

  • masak santan bersama air dengan api sederhana hingga hampir mendidih. kemudian masukkan gula dan juga garam.
  • akhir sekali masukkan durian dan tunggu sehingga mendidih dan padamkan api. siap!

haaa amacam? senang sangat kan? simple dan yang pasti memang sedap dan kos membuatnya pun murah je. hehe. Pengat Durian (^_^)v ni sedap dimakan begitu sahaja. tak pun, u olls boleh hidangkan sekali dengan roti atau pun pulut.

 
Pengat Durian dihidangkan bersama roti


Pengat Durian dihidangkan persama pulut

kalau u olls nak tau, Pengat Durian (^_^)v ni lagi sedap kalau makan time sejuk.memang terbaik. ohh yea, chef gunakan durian kampung je. all time favourite chef. sebab tu kaler durian ni tak menyerlah. u olls boleh jugak guna durian musang king ke musang berjanggut ke. ehh silap. musang berjanggut tu dah out of topic. hew hew hew. esok masih ada masa bersama keluarga kan? boleh u olls try. hehe.

selamat mencuba! =)

19 November 2012

Resepi | Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v

hye blog readers =)


tu diaaa... semakin kerap pula rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" ni bersiaran pulak kan? hehe. demi untuk tidak membiarkan blog buruk chef ni bersawang dengan lebatnya. bersawang dengan lebatnya? apa punya bahasa daa.. haha. berbalik pada gambar di atas, seperti biasa chef akan berkongsi dengan u olls semua resepi yang mudah2 je. yelah, chef kan seorang chef yang amateur lagi tak berpengalaman. hehe. resepi kali ni berbunyi Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v.

bahan-bahan : 


10 batang isi ketam/crab stick (rebus sekejap)
1 batang lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang yang kecil saiznya (disagat)
1 pokok daun bawang (dihiris sebesar 1 inci)
kulit popia secukupnya
tepung gandum & air (dibancuh sebagai pelekat kulit popia)

cara penyediaan : 

  • kulit popia di lerai dan diletakkan di atas pinggan.
  • kemudian letakkan lobak merah, sengkuang, daun bawang dan isi ketam/crabstick di atas kulit popia.

  • lipatkan kulit popia tersebut untuk menutupi intinya dan gulungkan. sebelum sampai ke penghujung, sapukan bancuhan tepung tadi ke atas kulit popia supaya kulit popia boleh melekat.


  • panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan. 
  • angkat dan toskan. siap!
bahan untuk sos : 

10 biji cili merah (dibuang bijinya)
1 cawan air
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
garam secukup rasa
tepung jagung & air (dibancuh untuk memekatkan sos)

cara penyediaan sos : 

  • kisarkan cili merah, bawang putih bersama sos tomato, gula, cuka, garam dan air sehingga sebati.
  • selepas dikisar, masakkan bahan tersebut hingga mendidih dan kemudian masukan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
  • masak sos hingga nampak pekat. tutup api dan siap! (jangan lupa untuk rasa terlebih dahulu sos tersebut. kalau rasa seperti tak lengkap garam dan gulanya, sila tambah mengikut kepuasan sendiri yea)
siap! rangup2 kulit popia gitu. lembut2 isi ketam gitu. manis2 sengkuang gitu. hehe. resepi ni chef buat semalam untuk minum petang bersama keluarga. umi and abah chef suka. seronok kan bila kita tengok orang lain makan masakan kita walaupun sesimple mungkin. hehe. mungkin hujung minggu bersama keluarga nanti u olls boleh try Popia Goreng Isi Ketam (^_^)V ni. hehe.

 
selamat mencuba! =)


15 November 2012

Resepi | Cucur Bawang (^_^)v

hye blog readers =)


Salam Maal Hijrah 1434H dari rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". wahhh kemain lagi. macam mana hari cuti u olls? chef punya cuti sebenarnya tersangatlah membosankan. so, chef pun buat lah satu resepi yang tersangat mudah. chef yakin lah semua pernah buat resepi ni. memandangkan hari pun dah nak petang, elok sangat kalau buat juadah minum petang untuk keluarga kan. so, resepi kali ni adalah Cucur Bawang (^_^)v. hehe mudah sangat kan?

bahan-bahan :

1 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
beberapa ekor udang saiz sederhana di potong dadu
sedikit ikan bilis yang ditumbuk
air
garam secukup rasa
sedikit soda bikarbonat

cara penyediaan :
  • campurkan semua bahan-bahan yang diperlukan dan gaulkan/kacaukan hingga sebati. kemudian biarkan sekejap dalam 4-5 minit supaya cucur nanti gebu2 sebab ada soda bikarbonat.
  • panaskan minyak dalam kuali dan boleh boleh mula menggoreng sehingga warna keemasan. siap untuk dihidang.


see gebu2 chef punya cucur bawang ni. bawang kan manis. sebab tu rasa sedap je. bila gigit sikit, jumpa pulak isi udang. perghhh walaupun simple mimple, tapi boleh kenyang tau. tepung kan karbohidrat. sangat sesuai untuk minum petang tau. kalau nak buat sarapan pagi pun boleh jugak. dihidang bersama nescafe tarik secawan, cucur bawang bersama sos cili. mak aihhhh. heheh.


selamat mencuba! =)

10 November 2012

Resepi | Kuey Teow Kungfu (^_^)v

hye blog readers =)


hehe kemain lama lagi chef menyepikan diri dari rancangan ni kan? hehe. pergi menuntut kat gua kejap. muahaha. kali ni chef kembali bersiaran lagi dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". aisehhh rindu pulak nak memasak ni. so kali ni chef nak kongsikan dengan u olls semua resepi Kuey Teow Kungfu (^_^)v. chef memang suka kuey teow kungfu ni. kalau pegi makan luar dengan family, selalu jugak order menu ni. sedap! so, chef pun try buat sendiri resepi ni and boleh letak macam2 yang kita suka kan? so, jom kita tengok bahan yang diperlukan.

bahan-bahan untuk kuah :

putik jagung, karot, kobis, kobis bunga, kailan
udang, sotong, ayam
bawang merah, bawang putih, cili padi
cili merah, cili benggala hijau
sos tiram
garam dan perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 sudu lada sulah
air

cara penyediaan : 

  • bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
  • masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
  • kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
  • akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
bahan untuk kuey teow :

kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam

cara penyediaan :

  • ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
  • masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
  • gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. 



akhir sekali masukkan kuey teow yang siap digoreng bersama telur tadi kedalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. siap! sangat sedap bila makan waktu tengah panas2. lagi2 sekarang ni musim hujan kan? apa kata, malam ni u olls try masak resepi Kuey Teow Kungfu (^_^)v ni. memang sedap dap dap. hehe


selamat mencuba! =)