**Berita Terbaru Blogger Lain**

10 January 2011

[ kalau 6 bulan yang lepas, i........ ]

hye bloggers =)
morning korang. awal tak i update entry hari ni?(sekarang pukul 10.15am) hehehe. kes curik tulang and malas nak buat kerja kat ofis ni. dari dalam kereta td i dok terpikir amenda i nak update pagi ni. and at last entry ni lah hasilnya. i terpikir pasal life i 6 bulan yang lepas yang berbeza dengan life i sekarang ni. lebih kurang bulan 7 tahun lepas lah(2010).

1) boleh bangun lambat and tido lambat

kalau 6 bulan yang lepas, sekarang ni i mesti kat atas katil lagi(sekarang pukul 10.30am). tengah peluk bantal and berselubung ngan selimut sebab kelas i banyak kol 11am ke atas. perghhh nikmatnye weyh. tapi sekarang 6.20am i dah kena bangun siap2 nak g kerja masuk kol 8am. kalau 6 bulan yang lepas i boleh tido lambat dalam 4am ke atas baru i tido sebab i ber'msg' dengan mr.boyfie. but now pukul 10pm i dah terbaring atas katil. kol 12am mata i otomatik mengantuk siap menguap bagai. aduyai.

2) boleh jimat duit belanja sehari

kalau 6 bulan yang lepas, i belanja sehari dalam rm6 ke rm7 je termasuk lunch and dinner. jimat tak i? tp sekarang i belanja sehari rm10+ tau. belum duit minyak yang i topup sikit2 kat kereta maksu i tambah duit upah i tumpang kawan i sorang tuh bila i tak bawak kereta. duit JPA pulak lambat sangat nak masuk ni ape ke hei nye?adoi lah

3) boleh sound 'syhhhhh' kalau bising

kalau 6 bulan yang lepas, i suka buat 'syhhhhhhh' kalau dalam kelas tu bising. giler lah. i mane tahan belajar dengan suasana yang bising. sape kenal i mesti tau i macam mana. sebab i pernah tegur student group ni sebab terlalu bising. hah padan muke kau! lain kali nak bising tengok kiri kanan dulu. tapi sekarang, kalau staff2 kat ofis i ni bising, i terpaksa tahan telinga je lah. lagi2 kalau diorang ni baru balik dari fieldwork. macam2 cerita nak diceritakan. adeh. sabar je.

4) boleh hangout ngan kawan2 sampai lewat malam
kalau 6 bulan yang lepas, i boleh hangout sampai lewat malam together dengan girlfriends i yang sangat 'giler'. lepas mapley ke or mcd. siap ketawa berdekah-dekah lagi. serious rindu dengan mereka semua. tapi sekarang dah berbeza. yelah mana taknya kalau pukul 10pm i dah terbaring atas katil. (refer point no1)

5) boleh dating time weekdays

kalau 6 bulan yang lepas, i boleh tengok mid nite movie dengan mr.boyfie on weekdays lagi2 khamis malam jumaat tak pun jumaat malam sabtu. kitorang memang suke tengok mid nite movie ni and selalunya dekat 1Utama. tapi sekarang nak dating pun mungkin hari sabtu tak pun hari ahad. kalau ahad tak leh balik lambat lah sebab esoknye nak kerja. damn! kalau i balik rumah pulak tak dapatlah dating sebab i akan luangkan masa dengan family i selalunya. unless die hantarkan i balik bangi semula baru dapat dating. ngee.

6) tak perlu menempuh jammed

kalau 6 bulan yang lepas, i ade dua hari yang memerlukan i pergi ke kelas menaiki bas UKM tu. yang paling penting, tak perlu nak tempuh jammed! tapi sekarang, sangat spoil bile stuck dalam jammed. jalan hala ke putrajaya yang ade accident tapi jalan hala ke mines yang jammed dengan semua orang nak tengok2 ape jadik. lepas tu punch card merah. deng! tak best betol pakai punch card? pakai lah thumb print. baru lah canggih.

7) tak payah pakai baju kurung

kalau 6 bulan yang lepas i tak pernah pakai baju kurung pergi kelas melainkan kalau ade exam. tu pun time final ixem je i pakai baju kurung. tanye best rumet i wani bila mase je i gosok baju ni? hahaha. time dating je kot. kalau hari biase i gosok selendang je. tapi sekarang, hari2 pakai baju kurung okeyh. setiap malam i kene gosok baju. and hari ni, i pakai baju same dengan dalam gambar tu. baju raya i tahun lepas. hehehe. kasut pun sama. cuma handbag and inner tudung je lain.

8) tak takut nak jumpa orang atasan

kalau 6 bulan yang lepas, i tak de pun perasaan takut nak jumpe orang atasan like pensyarah i. jumpe je and tanye je ape yang i tak paham pasal subjek tuh. selamber je jumpe. siap boleh borak2 lagi. tapi sekarang i nak jumpe penyelia i a.k.a bos i, i rase macam nak demam serta merta tau. giler lah. ntah kenapa lah i dapat bos yang tegas sangat ni. tak best betol rasenye. kene susun ayat dulu nak cakap ape ngan bos i ni. giler tak best!

9) tak tension buat kerja

kalau 6 bulan yang lepas, bila i dapat assignment, i tak pernah rase tension sangat. rilek je buat kerja. buat last minute pun still ok jer. walaupun i tau ade dateline atau pun deathline. kekeke. tapi sekarang ni, i tension buat kerja. mengadap pc lame2 boleh buat i pening kepala sampai tahap nak muntah punye lah. tekanan je i rase. isyhhh

10) tak terabai blog and nuffnang pun mesti takkan merajuk

kalau 6 bulan yang lepas, i rajin blogwalking tau. and i selalu dapat BE dari nuffnang. seronoknye time tu. tiap minggu happy je bile tengok account nuffnang i bertambah je. tapi sekarang nak update sehari sekali pun cam susah je sebab i penat. kadang2 bukan sebab penat buat kerja. tapi sebab penat tak buat pape. haissyhhh. nuffnang pun dah macam merajuk je. huhuhu. sorry eyh. kerana dirimu nuffnang, i dapat banyak earn tau. lepas ni bagi i banyak2 earn k.hehehe

nota sekarang : kesimpulannya i nak cakap yang belajar lagi best dari bekerja. walaupun ade kawan2 i cakap kerja lagi best sebab hujung tahun dapat bonus. ahhh.. i bukan mata duitan. kekeke. psssttt.. i rindu hosmet and rumet i. mesti korang akan baca entry aku ni kan? rindu korang weyh! (sumber gambar : shutterstock image and google image)

-11.4 am-

6 comments:

mizzbutterfly said...

dtg la sini...bilik nih bile malam jer..die jadi terhyper active..mash selamat...sbb tak de yg tegur lg..

**hudalulu** said...

hehehe...nnt bile2 aku free aku datang lah sane..huhu..perlukan masa untuk bersuka ria...

cik dila said...

yang! you're right!
tak suke kerja..sometime kite penat coz nothing to do!
and me hate to see my boss too.. hahha

cik dila said...

yang! you're right!
tak suke kerja..sometime kite penat coz nothing to do!
and me hate to see my boss too.. hahha

cik dila said...

yang! you're right!
tak suke kerja..sometime kite penat coz nothing to do!
and me hate to see my boss too.. hahha

**hudalulu** said...

cahaya bintang : kan..tau takpe,,,sebab tu aku rase belajar lagi best..hehehe