**Berita Terbaru Blogger Lain**

18 February 2011

[ body ku kembali SLIM ]

hye bloggers =)

takkan lah korang tak tau "London Weight Management" ni kan? senang cerita pusat kecantikan badan lah untuk mereka2 yang ada masalah berat badan berlebihan.

haaa i nak cerita ni. dalam dua hari lepas i nampak iklan London Weight Management ni kat tv. then die cakap untuk 100 orang pertama yang hantar mesej kat diorang akan dapat 3 treatments free. diulang sekali lagi yea, FREE! so, i pun cepat2 lah hantar mesej. LD name,address dan hantar ke 36828. sekali tak sangka diorang reply and cakap yang i terpilih dalam 100 orang pertama tu. terkejut + gembira i mase tu. tak sangka babe!!! kekeke

then semalam dalam pukul 1pm lebih tu orang dari London Weight Management ni call i. so bermula lah sesi berdialog antara i dengan pihak London Weight Management tu.

i : helo
LWM : helo, boleh bercakap dengan cik Failu huda? (perhatikan ejaan nama i. salah disitu yea. sepatutnya fairuz huda. tapi memandangkan beliau adalah seorang chinese, nama i pun dah bertukar. peringatan sila baca ikut slang cina yea)

i : yes, speaking. (ceh bajet nak kene speaking sampai habis lah ni)
LWM : cik Failu, saya dari London Weight Management. itu hari cik Failu ada mesej kami kan? then cik Failu sudah terpilih la untuk itu 3 treatments free. so, berapa berat cik Failu sekarang?

i : berat i sekarang maybe around 49-50 kg la. (chinese ni cakap malay pulak, so lagi senang lah i nak bercakap.hahaha)
LWM : ohhh...tinggi cik Failu berapa?

i : tinggi i dalam 151cm je.
LWM : ohhh. sikijap sekejap haa saya kira BMI cik...... cik Failu ha, cik tidak gemuk tau. BMI cik Failu normal.

i : (dalam hati i cakap, "ceh die bukan tau ape yang i rasa. i ni nampak je macam kecik. tapi i rasa i gemuk") i tau u mesti cakap i tak gemuk punya. tapi haa peha i besar dah macam drumstick and lengan i pun besar.
LWM : ohhh ok2. now i paham. so nanti u datang outlet London Weight Management dekat Mines ok. nanti ada consultan yang akan jaga cik Failu. bla bla bla bla bla...bla....

(agak lama gak lah beliau terangkan ape yang patut kat i, i just cakap "ahha,,,yup..yes...")

i: okey, i understand now. just want to make confirmation, the 3 treatments are free rite?
LWM : yea, free sahaja. so bila cik Failu boleh datang? kita buat appointment lah.

i : okeyh this week i tak boleh. i've a wedding invitation. how about next week? 26th Feb 2011 around 2pm to 3pm i'll be there?
LWM : emm...ok2. so, cik Failu punya schedule next week ok?

i : yup
LWM : ok..thank you cik failu.

sampai ke sudah beliau panggil i CIK FAILU. adoi. takpe2. mesti ada yang tak percaya kan sebab dapat 3 treatments free camtu je. i dah cerita kat umi i, then umi i cakap takot2 nanti kat sana diorang suruh tambah duit. haa time tu jangan harap i nak tambah. i akan cakap kat diorang, "i nak rasa yang free je". kena kuat prinsip ni. katakan TIDAK kalau diorang mintak tambah duit. hahaha. sebab i ada terbaca 1 entry ni yang die dapat kupon free London Weight Management ni. sampai kat sana diorang suruh tambah duit rm200 pulak tu. harap2 tak jadik kat i.

i nak kurus camni boleh tak?

p/s : ada orang dah cakap yang i ni memang dah semakin gemuk. siap suggest kat i suruh pergi pusat2 kecantikan badan macam ni. and now i bakal pergi.
p/s/s : sekarang ni pun i tengah ikhtiar nak kurus semula. hmmmm.
p/s/s/s : perbualan diatas telah diedit untuk memudahkan korang baca and tak panjang berjela.
p/s/s/s/s : thanks google for the pixies =)


18 comments:

Browacana said...

lah....ingatkan body anda yang kembali slim...tu yg pelik tu...kan dah slim tu..hehe

rayne rawt rawt said...

haha.. nak ikoottt!

**hudalulu** said...

pembawa wacana : nampak je macam kurus..tapi sebenanrnya tak pun...huhuhu

**hudalulu** said...

rayne rawt rawt : haaa..jom2..i pun nanti pegi sorang je..boleh u teman

YOUsoF said...

XL ke XS ke janji sihat luar dalam ye cik Hudalulu.. ;D

Penulis Rindu said...

macam tu kalau ...lalu dpn trafic light..hijau pun x nampak.hehe

**hudalulu** said...

yousof : betol2...setuju sangat..janji sihat luar dalam.. =)

**hudalulu** said...

abu luqman : wow...punya lah teruja memandangnya eyh..kekeke

MOMMY CGG said...

wow..
jom2

Nik Lisa said...

huu,nnti review balik how london ni pnye treatment. best ke x,ehh?

**hudalulu** said...

cgg : jom...best ni..hehehehfreeee.....

**hudalulu** said...

niklisa : boleh....nanti i review balik pasal treatment diorang..hehehe

Anonymous said...

i pnh wat treatment diorg..mula2 mmg ckp free..smpi sne..hehe..ckp xserupa bikin..

**hudalulu** said...

anon : tu lah...takut jugak i...tapi kalau i dah sampai sana n die mintak duit, i tetap takkan bagi =) heeee

kpah k-poh Sharifahnor said...

jiran akak pun dpt cam tu...ok...dia pegi..sessi tu..
1:mmg 3 sessi..free: satu kali pergi kira satu sesi..
2: cik kami ada offer pakej rm1800 utk harga rm600 saja
3:kopi ini kami jual dgn harga rm200,sbb cik under saya..jadi kami bagi diskaun
4: bersedia utk menerima calling2..memujuk..seolah2 mengambil berat utk cik sertai sesi seterusnya..
5: cik akan diberi 5 keping kad diskaun utk diberi kpd kwn2 cik..pakej 5 sesi utk rm600 dan cik akan dpt satu sesi percuma lagi jika cik dpt membawa kwn2 cik..
Gitulah dik...

**hudalulu** said...

kpah k-poh ; erkk..sampai macma tu sekali ker?

ezan said...

diorang nie tipu jew,mana ada free, diorang sruh bayar nanti kalau pergi dekat sana.

sebab time ezan dulu, mula2 nak temankan kakak, lepas tue dia orang LWM tue ajak join sekali, dia kata free jew, lepas tue bila dia ah terangkan, dia kata kena bayar 700, haha gila, memang tak bayar lah kan.

**hudalulu** said...

ezan : memang betol pun... diorang mesti akan cucuk kite sampai kite tergoda punya. perggghh nasib baik pendirian i still kukuh lagi. memang diorang bengang lah sebab tak dapat nak suruh kite keluar duit, kekeke.. padan muka!