**Berita Terbaru Blogger Lain**

09 March 2011

[ signal...ohh signal... ]

hye bloggers =)
sambil i tengah sarapan bubur sumsum/lompat tikam ni, best jugak update entry untuk hari ni kan. hehehe. so, according to the title, i nak cerita pasal 'signal'. chup chup bukan signal untuk kita dapat tau yang orang tu tengah ngorat kite. tapi i nak cerita pasal lampu signal. ulang sekali lagi yea, LAMPU SIGNAL. meh meh adik abang kakak pakcik makcik oiiii...!

i memang lah paling pantang kalau jumpa pemandu2 yang tak reti nak bagi signal nie. damn! rasa macam nak turun dari kereta tu then tanya, "apehal belok tak bagi signal? tak amik test jpj ke dulu?" tapi apakan daya, i cuma cakap camtu dalam hati jek. kang tak pasal2 mau kene hempuk pulak kepala i ni. adeh. jom tengok kes2 pemandu2 yang ada kat atas muka bumi ni yang malas bebenor nak bagi signal.

Kereta merah: korang
kereta kuning: stupid driver

kereta hijau: kereta lain yang tiada kene mengena

KES 1
okeyh korang bayangkan eyk. korang nak keluar simpang ni. tak kisahlah nak ke kiri or kanan. then ada pulak kereta kuning yang datang dari arah kanan korang. disebabkan kereta kuning tu tak bagi signal, so mesti korang ingat kereta kuning tu nak terus kan? tibe2 alih2 kereta kuning tu belok kanan pulak. mesti korang tanpa sedar cakap, "wat the hell kereta ni? nak belok pun bagi lah signal. bengang betol aku." tak pasal2 je korang tunggu lama nak keluar, sekali kereta tu buat macam tu. So dengan terpaksanya korang kene lah tunggu sampai takde kereta yang lalu and dirasakan selamat. damn!

KES 2
korang bayangkan lagi ni tau. korang tengah bawak kereta 110kmh kat lane tengah hiway. tapi tibe2 ade pulak stupid driver ni masuk lane tengah tanpa bagi signal. kiranya macam main masuk je lah dengan jarak yang dekat. mesti korang serta merta tekan brake kan? takpun, si stupid driver ni asalnya dari lane kiri, then terus je masuk lane tengah pas tu masuk lane kanan dengan tak bagi signalnya. mesti korang dalam hati cakap, "mak aih..main masuk je. terkejut aku. nasib baik sempat brake. bongok nye driver." kalau jarak dia masuk lane korang tu dengan jarak yang agak jauh, boleh lagi nak consider. tapi kalau jarak dekat, mau tak menggagau korang? tak pasal2 brake mengejut. damn lagi!

KES 2
ni last, korang tolongah bayangkan tau. korang tengah bawak kereta ikut belakang kereta lain ni. then tibe2 kereta depan korang brek. mesti korang ingat ada something kat depan kereta tu. lepas tu dengan selamba je kereta depan korang tu belok ke kiri. korang yang tengah drive dengan kelajuan yang biasa dikekalkan terpaksa lah brake jugak sebab nak elak dari kereta korang bercium dengan bobtot kereta depan tu. mesti korang cakap, "siot tol lah. bagilah signal sengal!" Keadaan akan jadi lagi bengang kalau kereta tu nak berhenti kat tepi tanpa bagi signal, then teragak agak nak cari ruang kosong untuk parking. perghhh panas hati beb. damn untuk kali terakhir!

i memang yakinlah korang mesti pernah jumpa pemandu2 yang sangat 'berhemah' ni. entah2 korang pun tergolong kot. hehehe. kadang2 i pun terbuat jugak. so entry ni kira macam nasihat untuk i jugak lah. hahaha. kalau korang nak tau, masa zaman sekolah dulu i bawak motor tau. i ni memang jenis tak suka bagi signal. sebab i rasa macam skema je bagi signal ni. kah kah kah. then pernah jugak i buat bagi signal kiri, tapi i belok kanan(sila jangan ikut perangan tuan tanah). giler betol i rasa perangai i ni. hehehe. last sekali, pandu dengan berhati-hati ingatlah orang tersayang. =)

p/s : credit to blog Cucu Tok Awang. i amik point dari entry beliau then ubah sikit untuk kesesuaian penggunaan bahasa kat blog i ni.

earning HB makin meningkat. so korang tunggu ape lagi? jom join! yang dah klik, tqvm! =)


14 comments:

HaN WarreN said...

Kalo pokcik dah lame patahkan tuil signal sesape yang sengal ni....pokcik pun pantang gak kalo jenis bangsa tak reti nak gunakan signal ni :(

noa said...

terima kasih cikgu :)

ENTRY HOT : Senyum ^_^

cOnfuSeME said...

hehe..bse la tu..manusia kan...:P

*xde lesen ag sbnarnya ni..hahaha

**hudalulu** said...

hantwo : tau takpe...adeh rugi je beli kete mahal2 tak guna signal...kekeke...cost tu..hahaha

**hudalulu** said...

nora : sama2 murid2...heheh

**hudalulu** said...

confuseme : nanti dah ade lesen bawak kereta jangan macam orang giler tau

Cik Yana said...

Hahhaa~ itu dorang pandai jawab test komputer JPJ je. Tak pandai amalkan. Hahaha~ ceh, mentang-mentang tengah belajar nak amek lesen. Hahaha~

**hudalulu** said...

cik yana : wah...good luck eyh =) lepas tu jangan ikot perangai macam mereka2 ni tau...hehehe

Zeanne said...

uhuk memang susah driver macam ni =.='

zati embong said...

jat suke marah2 bila drive,salah 1 sebabnya sebab org x bg signal nih

AleahSM said...

hehe. saya tak tahu memandu. hehe

**hudalulu** said...

annenyss : tau takpe...jenis tak paham bahasa

**hudalulu** said...

zati : hahaha...tau takpe...dalam kereta dah dok maki hamun je...ngeee

**hudalulu** said...

lia insyera : erk..
nnt kalau dah pandai drive, jangan buat camtu tau =)