**Berita Terbaru Blogger Lain**

16 June 2011

[ Episode Akhir Drama Nora Elena ]

hye bloggers =)

mesti sekarang ramai bloggers yang tengah berlumba2 nak update and review pasal drama Nora Elena ni kan? termasuklah i sekali. mane taknya, i memang gilerkan cerita ni. chup2! gilekan drama ni or mata i ni yang tak boleh nak lepas daripada pandang Seth? hahaha.

ok straight to the point, petang tadi i update pasal Drama Nora Elena ni. and ade yang bagitau yang Nora Elena dalam drama ni akan mati. damn! i mulanya tak percaya. tapi lepas tu macam terpercaya pulak. huhuhuu. sekali tadi ending, memang sama dengan dalam novel. diorang hidup bahagia je. saje timbulkan spekulasi yang mengatakan Nora Elena mati. kalau betul benda tu terjadi, i rasa ramai yang tak puas hati kang. hehehe. kalau dah jodoh tu tak ke mana kan? so sweettttt. hahaha. anyway, congrates dekat Aaron Aziz, Siti Saleha dan jugak Wan Sharmila kerana berjaya membawa watak2 yang diberikan. tak lupa jugak dekat pelakon2 lain. tahniah!

Aaron Aziz a.k.a Ahmad Seth Tan seorang yang tersangat romantik dan suka buat kejutan. i tau mesti semua orang still ingat lagi scene bunga yang penuh satu boot kereta tu kan? hahaha. mesti time tu semua orang dah berangan. penyabar sangat Elena yang dah mula benci suami sendiri bila semua rahsia terbongkar. "Seth..........i nak mintak BBM pin you boleh tak?" =p

Siti Saleha a.k.a Nora Elena seorang wanita yang pernah melalui pertistiwa hitam 10 tahun dahulu. pada i Elena seorang perempuan yang ego. sebab apa i cakap Elena ego? hati nya kasihkan Seth, tapi disebabkan peristiwa hitam 10 tahun lalu, yang membuatkan mulutnya lancar mengatakan benci pada suaminya sendiri.

Wan Sharmila a.k.a Yvonne, watak paling berjaya! sebab berjaya buat penonton benci yang amat sangat kat die ni. hanya kerana cinta, macam2 die sanggup lakukan demi untuk mendapatkan Seth. perghhh psycho lah die ni kan? paling tak tahan yang die tinggalkan G-string dalam kereta Seth. berdekah i ketawa. kekekeke.

berakhirlah sudah Drama Nora Elena yang i rasa mendapat rating tinggi ni. lepas ni mesti korang2 yang layan cerita ni macam terbayang2 watak-watak yang ada dalam drama ni kan. jangan nak tipulah. sebab i pun mesti macam tu jugak. muahahaha

-tahniah buat team Drama Nora Elena-

12 comments:

azraftarmizi's blog said...

ape tu nor elena?? i tak tau laa...tolong tolong !!!! hahaha...serius x penah tgk pon drama ni...tup2 dah abis plak ko kate...hahaha...

Meck said...

aku tunggu smua episod habis nnt baru nk tgk online.sbb terlambat dh nk kejar haha

Nens Collection said...

epi ending kan..sweett

**hudalulu** said...

azraf : yelah..orang tgh practical sampai tak sempat nak tengok tv yea...hahahaha... ko g cari je lah kat tonton ke youtube ke. mesti ade punye....mals nak cerita kat ko :p

**hudalulu** said...

meck : kalau dah banyak tertinggal tu kene donlod je lah baru best. kalau kejap tengok kejap tak tengok memang tak best pun..huhuhuh

**hudalulu** said...

nens : yup sweet lah jugak....sama je dalam novel.. tapi dalam novel diorang dapat anak lelaki...huhuhu

CintaKhadijah said...

cintakhadijah likes dis..hihi..;p

☆ ★ e m m a N Y ☆ ★ said...

Sy suke Nora Elena.. Aaron sgt romantik..

;)

najmi_paddy said...

percaye atau tak... ak tak penah tengok cite Nora Elena.. bile semua org duk bercerite sal cite nie,,, rase cam rugi plak tak tengok.. hehehe

**hudalulu** said...

cinta khadijah : hudalulu also like this... double like lah! heehe

**hudalulu** said...

emmany : suka nora elena ke suka aaron aziz ni? haaaa... :p

**hudalulu** said...

najmi_paddy : memang rugilah tak tengok kan.. heheh.. takpe2 tonton kan ade...sila lah tonton! =)