**Berita Terbaru Blogger Lain**

26 July 2011

[ Peringatan | Bahaya Tahan Bersin ]

hye bloggers =)
haaa korang jangan tak tau. bahaya tau tahan bersin ni. giler lah. i pun baru je tau pasal benda alah ni. huhuhu. tak sangka benda yang selalu kita buat tu mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri. isyh isyh isyh *geleng kepala 30 kali* . ye ar segan lah kan kalau nak bersin kaw kaw bila kat tempat awam. hik hik hik. dengan tersembur2 air liur bagai. siap hingus keluar pulak lagi dari hidung sape2 yang selsema tu kan. keh keh keh. geli geleman nok. hahaha


trivia sebab2 orang tahan bersin ni :
  • malas nak bersin. ni kes takde sapu tangan or tisu lah ni. so biar je bersin tu tersekat kat hidung.
  • dah jadik tabiat sejak dari dulu lagi. nak buat cemana kan. haisyhhhh
  • saje suka2 nak buat hobi. kepala hotak hang!
  • tak tau pasal bahaya tahan bersin ni. macam i. kekekeke
  • mestilah sebab nak kontrol keayuan dan kemachoan memasing kan. malu lah nak bersin dengan air liur tersembur depan orang ramai. hehehe

lepas daripada entry i ni, i nasihatkan korang dengan diri i sekali supaya tak payah lah nak tahan2 bersin ni. bahaya tau. kang tak pasal2 i kehilangan korang pulak. kalau dah takde korang sape nak bace blog i ni? sape nak komen setiap entry i lagi? huhuhu. poyo je mood sedih di pagi hari.

kenapa kite bersin sebenarnya? :

“Bersin merupakan KEGIATAN YANG POSITIF kerana memiliki fungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut dan tengkorak) dan ini adalah sesuatu yang baik, sedangkan menahan bersin adalah berbahaya kerana boleh menimbulkan beberapa risiko,” ujar Dr Michael Roizen, ketua Wellness Officer Clevelend Clinics.

apa yang berlaku kat badan bila kita bersin? :

Saraf2 yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga pada saat kita bersin, maka secara automatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak terkontaminasi oleh bakteria yang keluar dari membran hidung. Pada saat kita bersin, secara refleks maka otot-otot yang ada di muka kita menegang dan jantung kita akan berhenti berdenyut untuk sementara. Setelah selesai bersin maka jantung akan berdenyut kembali. Sebab tu, dalam agama Islam kita disarankan untuk mengucapkan "Alhamdulillah" kerana jantung kita sudah berfungsi normal seperti biasa setelah istirahat sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi. Betapa kuatnya tenaga bersin kita, sampai mata kita terpejam. Jikalau mata kita tidak terpejam saat bersin, nescaya mata akan "melompat" keluar.


kenapa bahaya sangat tahan bersin ni? :

Kelajuan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam (wowww....). Sehingga jika seseorang menahan untuk bersin maka tubuh harus menahan kecepatan tersebut secara tiba-tiba. Hal ini akan mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman yang seharusnya dikeluarkan malah masuk kembali.Beberapa risiko yang bahaya jika seseorang menahan bersin iaitu:
  • Menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung.
  • Mimisan (keluar darah dari hidung)
  • Pecah gegendang telinga
  • Gangguan pendengaran
  • Vertigo (merasa sakit kepala)
  • Mengalami emfisema (keadaan pundi udara dalam paru-paru yang membesar sehingga menyebabkan pesakitnya kurang bernafas).Ini terjadi sebab tubuh kita berusaha menahan kelajuan bersin yang tinggi. Cedera yang timbul ini selalu akan mempengaruhi struktur bahagian dalam kepala kita.
Emfisema adalah keadaan yang boleh menyerang kanak-kanak ataupun orang dewasa. Keadaan ini sangat berbahaya dan berpotensi menyebabkan kematian kerana dapat menghalang pergerakan udara. Tanda-tanda yang timbul biasanya adalah wajah atau leher akan membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa.

ok amacam? dah tau kan kenapa sebenarnya bahaya bila kita tahan bersin ni? masa i mula2 bace artikel ni, i was like, omaigod!!! giler lah. i ni memang jenis tahan bersin bila kat tempat awam. tapi kalau kat rumah, jangan harap lah i nak jadik sopan sangat ni memang sampai luar rumah pun boleh dengar i bersin. ok hiperbola sangat kan. kekeke

so the best way, korang yang perempuan tu sediakanlah tisu dalam handbag tu. bukan mahal pun. kalau kat Watson tu baru RM1.90 siap ade 12 lagi tau. takpun kalau boleh korang bersin tu jangan tutup dengan tapak tangan. tapi korang tutup dengan bahagian lipatan tangan(belakang siku). bukan ape, mane tau korang ni jenis pemalas. bila dah bersin malas nak g cuci tangan pastu g bersalam pulak dengan orang lain. eeee. hahaha. apa yang pantang bagi i bila bersin ni, "tolong lah jangan kacau i bila nak bersin! tak puas tau! rase nak belasah je orang tu. hahaha".


p/s : credit to Zindagi Ka Rangeela for this interesting info =)

3 comments:

mizzbutterfly said...

kau mesti rindu nak dengar aku bersin kan...

**hudalulu** said...

kekeke...ko jenis bersin tak leh nak berenti...hahaha

NaDia RaNi Rai said...

hehehee..welcome. bagus kongsi info mcm ni. pasni jgn kontrol bersin lagi yeee