**Berita Terbaru Blogger Lain**

02 August 2011

[ Sinopsis | Drama Kasih Alia @ TV3 ]

hye bloggers =)


akhirnya muncul jugak drama baru di Slot Akasia TV3 yang menggantikan drama bersiri Dewa Cinta yang i rasa tersangat lah tak best. drama yang bertajuk Kasih Alia sudah mula ditayangkan bermula semalam 01/08/2011 (Isnin). drama Kasih Alia mempunyai 26 episod dan ditayangkan bersempena bulan Ramadhan yang mulia ni. cuba perhatikan pelakon yang membarisi drama bersiri ini, sungguh ayu bertudungkan? hehehe. first impression i kat drama ni semalam was like emm not bad jugak. lagu2 die pun best2 kan. hehehe

Sinopsis Drama Kasih Alia :

Kasih Alia mengisahkan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Sheila Rusly sebagai isteri pertama mempunyai anak iaitu Qausar dan Yatt (kakak Qausar). Manakala Zairina Zainoordin sebagai isteri kedua. Qausar( lakonan Shaarnaz) sebagai anak bongsu kepada Shiela Rusly dan abang tiri kepada Alia ( lakonan Fida). Dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak. Feeya seorang pelakon baru akan memegang watak sebagai Intan iaitu seorang yang agak jahat dan gedik. Kisah dalam ni ada sedih , lucu dan penuh kasih sayang. Fida juga akan menyanyikan lagu OST dalam Kasih Alia, bertajuk Teriakan Kalbu. (sinopsis akan diupdate lagi).


barisan pelakon yang menjayakan drama ni antaranya ialah Sharnaaz, Irma Hasmie, Fida Ibrahim, Sheila Rusly, Zarina Zainoordin, Yatt Haryati, Iqram Dinzly dan Feeya (Dj Era). laku pulak lah si Iqram Dinzly ni. berturut pulak tu muka die je asyik keluar kat tv. ngeee. so, korang jangan ketinggalan untuk saksikan drama bersiri Kasih Alia jam 7.00pm setiap Isnin hingga Khamis tau. selamat menonton!

2 comments:

Nurul Mazni Sawal said...

betul2.. bleyh tahan gak citer nie.. nk tengok citer nie jerlah.. :)

**hudalulu** said...

Nurul Mazni : best kan.... lagu pun best jugak! =)