**Berita Terbaru Blogger Lain**

11 February 2012

[ Resepi | Mini Blueberry Muffin (^_^)v ]

hye bloggers =)


hai semua.... "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" kembali bersiaran lagi pada hari sabtu yang indah permai ni. ngeh ngeh ngeh. so resepi blueberry cheese tart yang sebelum ni chef kongsikan dengan u olls dah try ke belum? hehehe. hari ni chef masih lagi nak gunakan filling blueberry yang sama tapi resepi berlainan iaitu resepi Mini Blueberry Muffin (^_^)v. taknak buang masa u olls lagi dah, so bahan-bahannya yang digunakan adalah seperti berikut :

bahan-bahan

125 gram butter
100 gram gula ising
3 biji telur saiz c
125 ml susu segar
250 gram tepung bluekey (kalau nak ganti dengan tepung gandum pun boleh)
1 sudu teh baking powder
mixfruits
blueberry filling secukupnya

cara-cara nak buat muffin ni sangat mudah ok u olls. 1) pukul gula ising dengan butter hingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. 2) bila dah kembang, tambahkan tepung dan serbuk penaik. kacau rata lepas tu masukkan susu sambil dikacau dengan perlahan. 3) masukkan mix fruits ikut sesedap rasa korang. tapi jangan letak banyak sangat.


4) masukkan 1/3 adunan ke dalam cawan muffin. chef buat guna cawan kertas yang kecik je. sebab tu nama mini blueberry muffin (^_^)v. 5) tambahkan blueberry filling. 6) masukkan adunan sehingga 3/4 penuh cawan tersebut. kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau hingga kuning keemasan. tips dari chef hari ni, kalau nak tau dah masak atau belum muffin tu, amik lidi dan cucuk dalam muffin tersebut. kalau dah tak melekat, maknanya muffin u olls dah masak! hehe


yeahhhh!! nampak sangat yummy kan? mudah dan cepat untuk disiapkan. sesuai untuk minum petang bersama keluarga gitu. chef dah makan bape biji ntah tadi. hehehe. rangup diatas, lembut di dalam. fuhhhh memang menyelerakan lah. ngeee. ape lagi tunggu?

selamat mencuba =)


2 comments:

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Trima kasih.. Resepi mudah n sedap.. Da cube ;)

**hudalulu** said...

zet : tq2. hiks