hye blog readers
Ya Allah... tak tau nak gambarkan macam mana perasaan i sekarang ni. tengah didik diri sendiri supaya bersabar dengan apa yang terjadi. tapi tahun ni macam banyak sangat dugaan yang i hadapi. tapi takpe, i tahu Tuhan tu takkan bagi ujian yang tak dapat di hadapi oleh hambaNya.
kes terjadi pagi semalam masa otw nak pergi kerja. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk lihat cahaya matahari. tapi nak dijadikan cerita, tengah syok2 dengar radio dalam kereta nak pegi kerja and dekat traffic light, "BAM" i dengar macam ade bunyi sesuatu. i pandang belakang kereta, tapi xde apa. bila pandang depan semula tengok seorang pemandu motosikal angkat tangan macam orang bersalah. now i know yang side mirror belah kiri kereta telah dilanggar. masa i tu i macam ok je sebab tak expect teruk sangat. paling2 pun calar. sampai ofis pagi semalam terus lupa nak cek ape yang terjadi kat side mirror i tu.
rupanya Allah tu nak tunjuk. tergerak hati i nak cek side mirror kiri bila sampai parking ofis pagi tadi. siap2 nak naik ofis la tu kiranya. bila i tengok je side mirror i tu, terus istighfar panjang i. air mata dah bertakung ni sebab tak tau nak buat apa. rupa2nya, cover side mirror i tertanggal. entah jatuh kat mana. mungkin kesan dari pelanggaran moto tak bertanggungjawab semalam tu. terus i call abah i ceritakan apa yang terjadi. terus jatuh air mata i ni. masuk balik dalam kereta. MENANGIS.
so kepada penunggang motosikal, tolong lah jangan pentingkan diri sendiri. tahukah anda bahawa kami yang memandu kereta ni akan lebih berhati2 sekiranya berselisih dengan anda? bila jadik macamni, kami yang memandu kereta ni yang akan terpaksa menanggung kosnya. anda lari dengan hanya mengangkat tangan?
kepada hati, bersabarlah..... kepada mata, berhentilah menangis...... kepada otak, hentilah berfikir masalah dan mulakan pekerjaan dengan hati yang tenang di hari jumaat yang mulia
No comments:
Post a Comment