**Berita Terbaru Blogger Lain**

12 October 2012

Alfatihah buat sepupuku Azeera Yaacob

Assalamualaikum


jam 3.30 pagi semalam i dikejutkan dengan panggilan yang datangnya daripada umi i sendiri mengatakan bahawa sepupu i, zira(Azeera Yaacob) dah takde. Innalillah hi wa innalillah hi rojiun. sesungguhnya Allah akan menjemput kita mengadapNya bila sampai waktunya. 

sebenarnya i tak berapa rapat dengan arwah sebab arwah adalah sepupu belah abah i. masa kecik2 dulu rapat lah. pegi beraya satu kampung semua. tapi semenjak arwah dah sekolah menengah kami jadi tak rapat. dan seawal umur arwah 20 tahun, arwah sudah pun berkahwin sedangkan i masih lagi belajar kat matrikulasi perlis time tu. beza umur kami 3 tahun je.

arwah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital(dalam kereta) selepas mengalami sesak nafas di rumah. mengikut kata doktor, punca kematian adalah disebabkan "Chronic pulmonary hypertansion" . i tau arwah sakit sampai pernah dimasukkan dalam ICU. tapi i tak pernah berkesempatan nak jumpa atau melawat arwah. satu penyesalan disitu. last i jumpa arwah pada raya tahun 2011. raya tahun ni i langsung tak jumpa arwah sebab arwah beraya di Singapore. sedangkan i beraya di kampung kami di kuala kangsar. arwah ada datang beraya ke rumah i tahun ni, tapi i pula yang tiada di rumah sebab beraya bersama kawan2. satu lagi penyesalan disitu. Ya Allah....

Arwah meninggalkan suami dan 3 orang anak yang masih lagi kecil. yang mungkin juga tak tau apa yang berlaku semalam. dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, dibawa ke kubur sehinggga keluarga lain tak dapat lagi melihat jenazah arwah. 



terbaca status suami arwah membuatkan air mata i bertakung. semoga suami arwah tabah menghadapi apa dugaan hebat ini. juga keluarga makyang&paklang i(keluarga arwah) atas pemergian anak tersayang.

ketika ini i terbayang sekiranya i di tempat arwah. siapa yang akan bacakan Yaasin untuk i? siapa yang akan mengiri i ke tempat persemadian i? bayangkan seandainya hari ini adalah hari terakhir buat anda semua.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. InsyaAllah, Aminn...

raya 2012 yang terakhir buat arwah. Alfatihah...

2 comments:

Unknown said...

al-fatihah..sedihnyer..;(

**hudalulu** said...

nens : giliran kita entah bila pula... Alfatihah buat arwah...