**Berita Terbaru Blogger Lain**

19 October 2012

Saya PENGIKRAR Penderma Organ

hye blog readers =)


yes.. this is mine. kenapa i berniat untuk jadi PENGIKRAR? sebab sekiranya terjadi apa2 pada i (minta dijauhkan, Ya Allah) dan organ i masih elok dan dapat bagi kehidupan lain untuk orang lain, apa salahnya kita dermakan? macam sedekah jugak kan? dah lama i tau pasal kempen pendermaan organ ni. tapi xtau nak buat kat mana dan macam mana. lepas tu beberepa bulan yang lepas keluar satu drama kat tv3 yang ada kaitan dengan PENGIKRAR ni. mesti korang tau kan drama apa?


Dejavu Di Kinabalu. bila tengok drama ni, lagi lah perasaan i tak sabar2 nak jadi salah seorang PENGIKRAR. mulanya i ingat nak daftar PENGIKRAR ni kena pergi Pusat Transplan Negara or Institut Jantung Negara je since tengok drama ni Ammar (lakonan Aqasyah) buat kat IJN. siap i dah plan dengan member i untuk teman i pergi IJN. cari punya cari maklumat kat internet, rupa2nya boleh daftar online je. haaa lagi senang kan?


so pada korang yang ade niat untuk jadi PENGIKRAR ni tapi still xtau macam mana korang boleh klik kat sini. i dah link kan dengan Pusat Transplan Negara. lepas je korang daftar, korang akan dapat email dr NTRC


email pertama dr NTRC untuk pengesahan email dan borang pendaftaran yang perlu dilengkapkan. buat keputusan betul2 yea. kalau ada was2, xperlulah mendaftar i rasa. huhu.


ni email kedua dr NTRC yang mengatakan pendaftaran korang telah berjaya dan sah menjadi PENGIKRAR. lepas dapat email ni, korang tunggulah beberapa minggu untuk dapatkan kad dari pihak NTRC sendiri akan pos ke alamat yang korang dah tetapkan.


bila dapat kad ni, ikut arahan yang diberi sebab kite kena lekatkan plastik kat kad kertas tu. macam ala2 scree protector la. haha. sebelum sesi tampal menampal, lekat melekat, korang jangan lupa tulis nama, I/C dengan jenis organ yang nak didermakan. siap, simpan dalam wallet yang korang selalu bawak kemana2 sahaja.


korang jangan lupa bagitau parents dulu pasal niat baik, suci lagi murni korang ni. penting untuk kita maklumkan dengan waris kita sendiri. semoga niat baik kita dapat bagi anugerah kehidupan buat insan yang lebih memerlukan. =)

ok, bye

No comments: