hye blog readers =)
kanta lekap a.k.a contact lens. mesti ramai perempuan yang sangat suka pakai contact lens ni kan? macam2 kaler pulak tu. jeles i tau sebab i pakai yang jenis jernih tu je, colorless. huhuhu. teringin jugak nak pakai yang jenis kaler2 ni grey la, biru la, kelabu la, hitam la. kalau i nak pakai merah boleh? sama dengan bella(twilight) hehe.
tapi i pakai contact lens colorless tu pun ada orang tanya "pakai contact lense warna coklat ey?" i pulak jawab, "eyh tak lah." hahaha kalau korang nak tau mata i ni memang warna coklat. sebab tu jimat duit i tak payah beli contact lens kaler2 bagai tu. hahaha guna yang ori je. Syukur.. hikhikhik. korang yang selalu guna contact lens ni mesti tau cara sebenar penjagaannya kan? bukan boleh main suka2 hati je. dah lah tempatnya dimata. buat yang baru nak pakai contact lens ni, boleh lah ikut cara penjagaan yang i nak kongsikan bersama ni.
ni dia 4 benda penting yang i guna semenjak i pakai contact lense.
DO's
- Sterile Normal Saline Solution - sebelum korang pakai contact lens tu, haruslah cuci dan gosok contact lens tu kat tapak tangan secara perlahan-lahan. sebenarnya benda alah ni macam air suling. air suling kan air yang bebas dari bendasing. kemudian barulah letakkan contact lense ni kat mata.
- Saline Solution - lepas korang tanggalkan contact lens ni, ulang kaedah no 1 kemudian masukkan contact lens dalam bekas die. lepas tu baru lah rendam guna Saline Solution.
- botol kecik - pelembab contact lens. titiskan dalam mata ketika korang rasa mata mulai kering. (refer gamabr bawah)
- bekas contact lens - rajin2 lah cuci bekas die tu jugak yea. jangan biarkan sampai penutup die tu berhabuk. tak elok.
- make sure tangan korang bersih sebelum pegang lens.
DON'Ts
- jangan pakai contact lens lebih dari 8 jam. mata juga perlu rehat secukupnya.
- jangan tidur sambil memakai contact lens. bahaya!
- jangan cuci contact lens guna air paip atau apa jua jenis air selain daripada solution contact lens tu sendiri.
- kalau korang suka aktiviti bakar2 macam bbq, jauhkan diri dari api. bahaya untuk contact lens. korang boleh google sendiri apakah akibatnya. huhu, takut wooo.
botol kecik ni sentiasa ada dalam handbag i. Renu Multiplus Lubricating & Rewetting Drops. fungsi dia untuk melembabkan mata kita semasa kita sedang memakai contact lense. disebabkan i kerja dalam persekitaran aircond, mata i jadik kering. so, i titiskan 2 3 titik dalam mata, terus jadi segar. emm kadang2 kalau i mengantuk kat ofis pun i titik je benda alah ni. hahaha segar! and lagi satu kalau i tengok wayang, memang mata cepat kering sebab dalam pawagam kan sejuk. nasib baik ada benda alah ni dalam handbag, terus boleh tengok movie tanpa gangguan mata kering. hehe. korang boleh cari kat watson atau guardian.
so i sebagai pengguna contact lens secara harian, biarlah leceh sekali pun penjagaannya kalau untuk kesihatan mata sendiri nak tak nak kena lah ikut pantang larangnya. haha. takkan nak biarkan mata yang cantik ni
dijangkiti kuman akibat memakai contact lens? tak nak tak nak. siap ada kes
sampai jadi buta tau. dah hilang nikmat yang Allah pinjamkan ni. huhu. kalau korang ada info lain2 lagi, boleh lah share =)
ok, bye
No comments:
Post a Comment