**Berita Terbaru Blogger Lain**

Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

30 November 2012

Info Sihat | Cara Penjagaan Kanta Lekap

hye blog readers =)

kanta lekap a.k.a contact lens. mesti ramai perempuan yang sangat suka pakai contact lens ni kan? macam2 kaler pulak tu. jeles i tau sebab i pakai yang jenis jernih tu je, colorless. huhuhu. teringin jugak nak pakai yang jenis kaler2 ni grey la, biru la, kelabu la, hitam la. kalau i nak pakai merah boleh? sama dengan bella(twilight) hehe. 

tapi i pakai contact lens colorless tu pun ada orang tanya "pakai contact lense warna coklat ey?" i pulak jawab, "eyh tak lah." hahaha kalau korang nak tau mata i ni memang warna coklat. sebab tu jimat duit i tak payah beli contact lens kaler2 bagai tu. hahaha guna yang ori je. Syukur.. hikhikhik. korang yang selalu guna contact lens ni mesti tau cara sebenar penjagaannya kan? bukan boleh main suka2 hati je. dah lah tempatnya dimata. buat yang baru nak pakai contact lens ni, boleh lah ikut cara penjagaan yang i nak kongsikan bersama ni.


ni dia 4 benda penting yang i guna semenjak i pakai contact lense. 

DO's
  1. Sterile Normal Saline Solution - sebelum  korang pakai contact lens tu, haruslah cuci dan gosok contact lens tu kat tapak tangan secara perlahan-lahan. sebenarnya benda alah ni macam air suling. air suling kan air yang bebas dari bendasing. kemudian barulah letakkan contact lense ni kat mata.
  2. Saline Solution - lepas korang tanggalkan contact lens ni, ulang kaedah no 1 kemudian masukkan contact lens dalam bekas die. lepas tu baru lah rendam guna Saline Solution.
  3. botol kecik - pelembab contact lens. titiskan dalam mata ketika korang rasa mata mulai kering. (refer gamabr bawah)
  4. bekas contact lens - rajin2 lah cuci bekas die tu jugak yea. jangan biarkan sampai penutup die tu berhabuk. tak elok.
  5. make sure tangan korang bersih sebelum pegang lens.

DON'Ts 

  • jangan pakai contact lens lebih dari 8 jam. mata juga perlu rehat secukupnya.
  • jangan tidur sambil memakai contact lens. bahaya!
  • jangan  cuci contact lens guna air paip atau apa jua jenis air selain daripada solution contact lens tu sendiri.
  • kalau korang suka aktiviti bakar2 macam bbq, jauhkan diri dari api. bahaya untuk contact lens. korang boleh google sendiri apakah akibatnya. huhu, takut wooo.



botol kecik ni sentiasa ada dalam handbag i. Renu Multiplus Lubricating & Rewetting Drops. fungsi dia untuk melembabkan mata kita semasa kita sedang memakai contact lense. disebabkan i kerja dalam persekitaran aircond, mata i jadik kering. so, i titiskan 2 3 titik dalam mata, terus jadi segar. emm kadang2 kalau i mengantuk kat ofis pun i titik je benda alah ni. hahaha segar! and lagi satu kalau i tengok wayang, memang mata cepat kering sebab dalam pawagam kan sejuk. nasib baik ada benda alah ni dalam handbag, terus boleh tengok movie tanpa gangguan mata kering. hehe. korang boleh cari kat watson atau guardian.

so i sebagai pengguna contact lens secara harian, biarlah leceh sekali pun penjagaannya kalau untuk kesihatan mata sendiri nak tak nak kena lah ikut pantang larangnya. haha. takkan nak biarkan mata yang cantik ni dijangkiti kuman akibat memakai contact lens? tak nak tak nak. siap ada kes sampai jadi buta tau. dah hilang nikmat yang Allah pinjamkan ni. huhu. kalau korang ada info lain2 lagi, boleh lah share =)

ok, bye

30 October 2012

Info Sihat | Ulcer Mulut, Punca & Rawatan

hye blog readers =)

tengok pada tajuk entry pun dah tau i nak cerita pasal ape kan? sebenarnya sekarang ni i tengah kena ulcer mulut. huhu. punya lah dah lama i tak pernah kena dah ulcer mulut ni. sekali start semalam lepas bangun tidur nk siap2 pegi kerja terasa bibir ni macam bengkak je. apehal pulak lah dengan bibir ni. belek punya belek, huwaaaa ade ulcer! 

sesetengah orang panggil ulcer ni mata ikan. bentuk macam mata ikan agaknya? tapi dari kecik dulu umi i cakap ulcer ni 'pecah mulut'. tak tau lah ada antara korang yang guna perkataan pecah mulut ni. bila pikir balik, apehal lah 'pecah mulut' kan? hahaha. but now, i panggil ulcer. moden sikit! kekekeke.


hahaha. korang nampak permata dalam mulut i tu? kena ulcer kat bibir bawah sebelah kiri. bangun tido je bibir rasa bengkak. pagi2 nak gosok gigi pun kena berhati2. pedih woooo. ni pun kat ofis i jadik tak banyak cakap. selera nak makan pun kurang. rasa nak makan bubur je. balik kerja nnt, singgah mcd kejap lah. huhu.

Punca Ulcer Mulut

secara tradisionalnya, umi i bagitau punca ulcer mulut ni disebabkan cuaca sekeliling terlalu panas dan kurang minum air masak. emm ada logiknya jugak. sebab masa balik kampung raya haji baru ni, dok minum air ais je. lepas tu cuaca pulak memang panas betol. sampai rasa macam xleh nak bukak mata. tambah2 i pakai contact lenses. terasa macam boleh cair la contact lenses yang i pakai tu sbb panas sangat cuaca. huhuhu.

tapi kalau secara saintifik/klinikal, banyak faktor yang boleh jadi penyebab terjadinya ulcer ni. so jom tengok beberapa punca yang kadang2 kita tak tau atau pun tak sedar. ataupun korang boleh google sendiri tengok. ngee.

1) kecederaan pada lapisan nipis mulut disebabkan tergigit bibir, termakan makanan yang tajam atau pun air yang terlalu panas smpai melecur mungkin.
2) kekurangan zat dalam tubuh badan macam zat besi dan acid folic
3) tekanan perasaan (erk bior betul?)
4) imuniti yang lemah

Rawatan Ulcer Mulut

umi i selalu cakap, "along, bibir dah merah tu. banyakkan minum air. nanti kang kena pecah mulut." hahaha 'pecah mulut' tu. tp seriously i agak kurang minum air. tak patut betul. bila dah terkena ulcer, sibuk2 mengadu kat umi. hehe. so, kat situ ada 1 rawatan untuk ulcer mulut iaitu, minum air masak dengan kerap.


so ni dia botol air masak yang memang i bawak ke ofis selalu. terpaksalah minum air masak dengan banyak sempena terkena ulcer mulut ni. sempena? teruk betul tatabahasa i ni rupanya. haha.


letak bonjela ni paling best untuk i. pedih memang pedih, tapi memang tersangat cepat eloknya dalam 3 hari ke seminggu. tapi kerugian bila beli bonjela ni adalah, i tak sempat nak habis guna dah sampai tarikh luput die. korang yang ada bonjela ni, make sure alert dengan expiry date die ok. takut2 kalau dah ter'expiry date' tapi korang still pakai, karang makin teruk pulak. huhuhu. jangan buat main ulcer mulut ni. kalau terus sangat boleh jadik barah. nauzubillah.... minta dijauhkan Ya Allah....

ada jugak yang cakap letak garam. kaedah rawatan ni i guna untuk pencegahan je selalunya. contohnya kalau terasa macam ada biji dalam mulut ni, terus je letak garam. InsyaAllah kecut biji tu. tapi kalau letak garam time ulcer ni tengah kritikal macam skrg yang jadi pada i ni (refer gambar atas sekali), jawapannya memang tak lah. sebab i rasa letak garam lebih pedih dari letak bonjela. huhu.

tapi kalau korang pegi klinik jumpa doktor, selalunya doktor akan bagi ubat untuk kumur tu. sebab ulcer ni terjadi daripada bakteria dalam mulut jugak. so yang penting kena jaga kesihatan dan kebersihan mulut. kurangkan makanan yang terlalu berempah dan jugak pedas tapi banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

walaupun hakikatnya i suka bercakap, tapi buat masa sekarang ni i jadik seorang yang sombong sikit lah sebab tak boleh nak bercakap sangat. sakit! hahaha. semoga cepat sembuh buat diri i sendiri. boleh makan sedap2 lepas ni. ehh? haha. sharing is caring, caring is loving =)

ok,bye