**Berita Terbaru Blogger Lain**

26 November 2012

Review | Daiso Charcoal Mask

hye blog readers =)

seriously i memang jarang nak manjakan kulit muka i ni sebenarnya. seumur hidup, baru sekali je i pergi buat facial. tu pun time study dulu sebab dapat kupon buat facial dengan harga murah. haha. bukan xnak manjakan kulit muka i ni tapi takut maintainance tinggi tak ke naya namanya tu? mana i nak cekau duit? haha.  maka dengan mengada-ngadanya i ni pegi beli mask la kononnya nak tepek kat muka ni.


maka selamat lah sudah i beli Daiso Charcoal Mask yang agak femes ni. beli kat Daiso rm5. kalau beli online, diorang markup kaw2 punya. tapi kesian jugak sebab ada sesetengah tempat takde outlet Daiso ni. i rasa kira hot product jugak lah Charcoal Mask ni kat Daiso. sebab banyak kali jugak i pergi, malangnya habis je memanjang. dengar cerita Charcoal Mask ni fungsi die boleh tanggalkan sel kulit mati, whitehead and blackhead. cam best kan? so i pun try lah dengan menepekkan mask ni kat muka.


macam biasa, i memang suka letak gambar2 exclusive macam ni. haha. kalau korang nak tau, cara apply  Charcoal Mask bukan macam i ni. cara macam ni adalah SALAH! booo me sebab tak baca how to apply. i main tengok je gambar yang ada kat tiub masker ni (refer gambar pertama). "tengok gambar macam suruh sapu seluruh muka. buat je lah." monolog i bersendirian. huhu.


ok, sila fokus dan baca betul2 kat bahagian how to use tu "...evenly apply on the nose area..." what? nose area? i pulak belasah je letak seluruh muka. hahaha. tu la, lain kali sebelum buat apa2 pun, cek dulu yang penting2 kat botol tu. padan muka!

setelah i pakai Charcoal Mask ni, result die ok lah jugak. its not really ok! but ok laaaaa. korang paham2 je lah. hahaha. resut die :

  • masa tengah pakai tu korang akan rasa kulit muka korang tegang. pada i, mask ni mungkin boleh tegangkan kulit muka jugak kot. 
  • lepas biarkan 10-15 minit camtu, bila korang nak tanggalkan mask ni, bersiap sedia la untuk merasakan kepedihan dan kesakitannya. tapi xdelah sakit mana pun sebenarnya. i ok je tahan. haha.
  • bila i tengok apa hasil tangkapan Charcoal Mask ni, takde lah hebat sangat. yang i nampak, bulu2 muka memang tertanggal la. 
  • whitehead? tak nampak sangat terkeluar. mungkin i takde masalah whitehead kot. tapi kalau blackhead, memang i ade problem tu. disebabkan Charcoal Mask ni warna hitam, so i tak nampak blackhead terkeluar. mungkin ada! tapi xnampak.
  • pada i, lepas je pakai mask ni terasa macam kulit muka i jadi ringan. yang tu best. and jangan lupa letak toner lepas pakai apa jua jenis masker yea. sebab kita kena tutup balik pori yang terbuka. hehe.


tengok muka sendiri macam barbie doll wanna be pulak. eyh? hahaha. sila abaikan ayat poyo tu. jangan pulak korang pakai mask setiap hari. once or twice per week dah sangat memadai. i pun pakai Charcoal Mask ni baru 2 kali. kesimpulannya, mungkin i akan teruskan pakai produk ni sebab pertama, murah. sebab kedua yang paling penting, kulit muka i boleh terima seadanya kehadiran Charcoal Mask ni. emm and i give 6.5/10 stars for this product. korang? hehe.

ok, bye

2 comments:

sapphire said...

dah lama perasan mask ni kat daiso..nak try beli gak r. :)

**hudalulu** said...

kak nilam : boleh la beli kalau nak try.. hehe.. tp biasa2 saja... ngee