**Berita Terbaru Blogger Lain**

Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

29 November 2012

Tips Kecantikan | Kecutkan Jerawat Dengan Cara Mudah

hye blog readers =)

perempuan kalau dengan jerawat memang macam musuh yang langsung tak boleh nak berjumpa. muncul je sebijik jadi huru hara hidup ni jadik nya. confirm! kan korang? macam i jugak lah. kalau jerawat dah mula nak menjadi kat muka i ni, mulalah konfiden i hilang macam tu je. tangan pun mengada2 nak usik2 jerawat yang baru nak muncul tu. haihhh.


tapi syukur Alhamdulillah, kulit muka i bukan jenis berjerawat. jerawat i selalunya muncul time2 nak dekat period tak pun time2 i memang tension tahap super duper hyper punya. biasalah hormon  tengah berubah2 maaa. hahaha. time tu mula lah muncul jerawat kat dahi ngan dagu i. port fevret jerawat kat muka i la kirenya.

seriously i memang tak pernah beli produk2 untuk hilangkan jerawat yang ada jual kat pasaran tu. i guna apa yang sedia ada je. jimat duit tau and yang paling penting, berkesan! hehehe. so apa yang i guna untuk kecutkan jerawat dan seterusnya hilang lenyap jerawat dari muka i ni? jawapannya, UBAT GIGI. jimat tak? sure2 semua orang ada ubat gigi dalam bilik air tu. haha.


guna ubat gigi je? iyeaaaa ubat gigi je. i akan guna bila i rasa macam ada sesuatu keras2 macam nak jadik biji jerawat tu, cepat2 lah amik ubat gigi ni then sapu sikit kat muka. kira time jerawat tu baru nak muncul. tak kisah lah korang guna ubat gigi jenama apa sekali pun. colgate, darlie, fresh n white apa2 je lah tapi, haaaa ada tapinya yea. make sure ubat gigi korang jenis paste(warna putih) bukan jenis gel.

kalau korang search kat google ade je blog2 yang update pasal kaedah nak gunakan ubat gigi ni sebagai alternatif untuk kecutkan jerawat. tapi dalam blog buruk i ni, i bagi kaedah ikut cara i je. i akan sapukan ubat gigi ni kat tempat jerawat tu sebelum tido. then, boleh bawak tido terus. esok bangun pagi terus mandi and basuh muka sekali gus. senang!


ohh atas ni gambar i dengan adik i. hewhewhew. pada pandangan i, ubat gigi ni kan berangin je rasanya. so dia macam ada kuasa nak kecutkan jerawat tu la. takde lah sampai jerawat tu masak ranum kat muka ni haaa. hahaha. kos murah! berkesan! apa lagi, sayangkan kulit muka korang, boleh lah ikut tips i ni. sapa2 ade tips lain, boleh share. hehe

ok, bye

17 October 2012

Tips Kecantikan | Elakkan Muka Berminyak Selepas Bangun Tidur

hye blog readers =)

haha..rajin tak i update sekarang ni? semuanya sebab MR.SAM i. xkenal? korang boleh klik sini untuk maklumat lebih lanjut siapa MR.SAM i ni. hehe. ok2 i bukan nak cerita pasal MR.SAM ni, tapi i nak bagi tips kecantikan sikit dekat korang. tips kecantikan ni ikut cara i sendiri lah yang pada i berkesan.

so, sapa kat sini yang bila bangun tidur je, mesti... gerenti... muka berminyak punya? ok, i mengaku i mengalaminya. huhu. too bad. rasa nak pegang muka sendiri pas bangun tidur pun macam tak best je. berminyak kot. tapi syukur sebab muka i bukan jenis yang berjerawat. kalau berjerawat, i rasa mesti lagi teruk.

tapi cerita muka berminyak i lepas bangun tidur tu cerita dulu. sekarang tak lagi dah. sebab i dah jumpa solution yang paling mujarab untuk i yang mungkin korang jugak boleh ikut. fyi, i tak guna night cream yang banyak jual kat pasaran ni. sebab i rasa macam tak sesuai dengan kulit muka. so, apa yang i guna? jawapannya, BEDAK SEJUK. haaa tradisional sangat i kan?


kos untuk bedak sejuk tersangat lah murah. i beli bedak sejuk ni pun dekat kedai2 runcit biasa tu. hahaha. bedak sejuk ada 2 jenis kalau tak silap i. satu yang jenis biji2. satu lagi yang jenis cecair. tapi i lagi suka yang jenis biji2 camni sebab terasa ketradisonalnya. kekeke. amik beberapa bijik bedak sejuk, letak kat tapak tangan. then, amik air sikit hancurkan bedak sejuk tu. last sekali, haa tepek terus kat muka.


kah kah kah. exclusive sangat gambar ni kan. lepas pakai bedak sejuk tu, i memang kena terus tido. kalau dah pakai bedak sejuk lepas tu banyak cakap pulak, habis tertanggal2 bedak sejuk tu. hahaha. sapa yang pakai, mesti tau camna kan. fungsi bedak sejuk ni pada i, dia boleh menyerap minyak kat muka ni bila kita tengah tidur. bangun pagi je rasa muka memang tak berminyak. tu yang best tu. antara kebaikan lain bila pakai bedak sejuk ni adalah :
  • Melicinkan kulit muka - bedak sejuk ni dibuat daripada beras yang direndam. air basuhan beras kan baik untuk kulit muka, so konsep bedak sejuk tu sama lah kiranya.
  • Muka akan rasa segar dan tegang - sebab bila pakai bedak sejuk ni, rasa macam kulit muka kita ditegangkan. sebab untuk lepas pakai je, i terus tido. taknak cakap2 dah. heee
  • boleh tanggalkan sel kulit mati - masa tepekkan bedak sejuk ni ke muka, tekan sikit ala2 kita cuci muka dengan facial wash la. InsyaAllah sel2 kulit mati akan tertanggal.



taraaaa... nampak tak muka tak berminyak? hahaha. sorry2, ni selepas tepek muka dengan mekap sebab nak pegi kerja. hehe. sekadar nak tunjukkan riak wajah ceria pagi hari. so, tu dia tips kecantikan dari i untuk kali ni. sape2 ade idea lain, share lah. hehe.

ok, bye.