**Berita Terbaru Blogger Lain**

28 February 2010

[ korang penipu kalau cakap tak pernah kentut busuk ]

sangatlah penipu u olls ni kalau cakap kentut korang tak berbau busuk
ade pulak yang cakap
kalau kentut berbunyik tak busuk
and kalau senyap je kentut tu bawu busuk yang amat2 nye
bior bebonar u olls nie???
lepas tu kalau da kentut taknak ngaku
if u olls taknak ngaku kentut pergilah kentut jauh2 sikit dari orang ramai
contoh eyh~~~
u olss tgh jumpe member2 u olls en
than suddenly ase nak terkentut pulakkss
ape kate u olls buat2 nak jawab nset ker and pergilah jauh sikit dari member2 tuh
p/s : ni cadangan jer taw.saya tak pernah buat ag. idea tetibe datang =p
actually saya nak gtaw pasal kentut yang kengkadang bile pikir, tak dapat jawapannye
ni antara soalan2nye:

Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus.
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.''perghhhh..lega...''

cukuplah kowt en???
sumber dari ''SINI''
biler saya terbaca bende ni kelakar pun ade jugak
hehehehehe
so...selamat kentut u olls =p


5 comments:

Amar Amirah said...

hahha..selamat kentut tu yg x tahan...."kentut kuat tak bau"<--org gaji saye selalu guna alasan ni kalau terkentut di khalayak keluarga T___T

luZ a.k.a MLM eXpErtS said...

hahaha...nice info..maseh ye

**hudalulu** said...

u olls : see....mesti ade yang gune alasan lapuk tu kan...heheheheh

mohdhairihassan said...

sangat bagus infonye..
hehe..

**hudalulu** said...

hairi : hehehe..thankz der