**Berita Terbaru Blogger Lain**

28 March 2012

[ Sinopsis | Cinta Buat Emelda @ TV3 ]

hye bloggers :)



"Cinta Buat Emelda" drama terbaru di TV3 menggantikan drama Atas Nama Cinta yang jalan ceritanya pada i, emm so so je lah. kalau terlepas tengok pun takpe lagi. ngee. tapi drama baru Cinta Buat Emelda ni membuatkan i ternanti2 dan tak sabar nak tunggu waktu tayangannya. mungkin sebab pelakon die kot. hehe. i kan suka Fizo Omar :p. untuk 2 episode yang i dah tengok ni, i rasa ceritanya best. tambah lagi lakonan mantap Fizo Omar dan Almy Nadia di samping pelakon kecik molek si Mia Sara Nasuha tu. alahai.... "apesal la comel sangat awak ni ha budak kecik?" teheee. so i pun nak share jugaklah sinopsis cerita ni yang diadaptasi dari novel Kasih Antara Kita hasil tulisan Aleya Aneesa.

Sinopsis Drama


sejak Dania disisi Emelda, hubungan emelda dengan adik lelakinya Emeriz mula renggang. tanpa diduga emelda bertemu Aril Fatah yang yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.


Sejak pertemuan itu, aril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. rupa paras emelda seiras dengan kekasihnya emira yang meninggal dunia akibat kanser hati. Aril begitu berminat untuk mengenali emelda. bagi emelda, dia sangat mengenali aril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. pada masa yang sama, emelda gusar jika aril akan merampas dania daripadanya.


akhirnya emelda mengaku yang dania ialah anak luar nikah aril. lama-kelamaan hubungan aril dan dania menjadi semakin rapat hinggakan dania memanggil aril, papa. lantas aril mengambil keputusan untuk mengahwini emelda. emelda akhirnya rela memperjudi nasibnya bersama lelaki bernama aril fatah demi dania.


bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? mampukah aril menawan hati emelda? apakah rahsia yang disimpan oleh aril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu?



sungguh i tak sabar nak tunggu episode 3 hari ni. hehe. setiap kali episode i tengok mesti rasa nak nangis. apesal i rasa cm emo lebih je ni? ngee. so, jangan lupa saksikan drama Cinta Buat Emelda jam 7.00pm setiap isnin hingga khamis, hanya di tv3. jyeahhh!!!!


2 comments:

Razf said...

suka tengok Mia Sara je.. hehehe lakonan die mantap gak :P

**hudalulu** said...

kan... kecik2 dah pandai berlakon sangat.. hehe