**Berita Terbaru Blogger Lain**

22 March 2012

[ Tips bercuti di pulau ]

hye bloggers =)


yeahhh!! korang nampak tak apa yang i tulis kat kalender yang bertarikh 23hb tu? hahaha masa untuk bercuti. kat mana? PULAU PERHENTIAN. hehe. so malam ni bermulalah journey ke kuala besut. naik bot dari jeti situ. so, dalam minggu ni i pun ade lah buat survey sikit apa barang yang patut di bawa ke sana. almaklumlah, noob sikit pasal bercuti kat pulau ni. so entry kali ni i nak share pasal tips untuk bercuti di pulau. credit to Sophie Al-Yahya for the information :)

1) pakaian. yang ni korang agak2 lah sehari korang pakai bape banyak baju. tapi rasanya tak payahlah korang bawak baju yang bling2 bagai tu macam nak g dinner atau kenduri kahwin kat hotel. dah alang2 korang kat pantai, apa salahnya bawak pakaian pantai. erkk maksud i bikini ke. upsss haha beach skirt ke. kan comel gitu. nasib i ada 3 helai. cukup lah tu kan.


2) selipar. tersangatlah penting. barulah selesa nak pakai jalan2 tepi pantai time malam ke petang ke. cewahhhh. haha. bak kata cik Sophie, tak payahlah bawak high heel tu. sebab nanti korang akan kelihatan seperti pengguin. hahaha. cuba bayangkan pengguin yang tengah berlari2 nak masuk dalam laut tu. kan ke kelakar. ngee. and semalam mr.boyfie belanja selipar baru untuk i.kaler pink lagi. cantik tak? cantik tak? :p kihkihkih. tq2. "nanti belanja lain pulak tau cyg."


3) beg. cik Sophie cadangkan supaya bawak bagpack je. senang nak angkut bawak naik bot sume tu. kalau korang bawak bagasi yang siap beroda tu emm macam tak sesuai lah kiranya sebab kat sana kan pasir. dah menyusahkan korang nak seret2 beg roda tu atas pasir. unless kalau resort yang korang check in tu ada tukang bawak beg ala2 kat hotel besar kat tengah bandar tu. hew hew hew.so bagpack yang i bakal guna malam ni, i pinjam dengan opismet i. senang. hehe


4) toiletries. demi untuk meringankan beg yang bakal dibawa bercuti, cik Sophie suggest bawak travel kit toiletries je. kecik, ringan, mudah dibawa. hahaha. lengkap explaination i ni tau. i tau perempuan ni kan cerewet. ala, toiletries ni pun bukan mahal sangat. and then bukannya pakai sekali je. lepas ni kalau korang pergi bercuti lagi, still boleh guna kan? hehe.


5) sunblock. pada mereka yang sangat mementingkan kejelitaan wajah, korang wajib bawak sunblock ni. kang tak memasal muka korang jadik macam kap lam ya nga. haa kan ke susah tu. kat pulau kan cuaca panas. orang balik bercuti mesti nak happy je. ni kang ada yang menderita sebab kulit muka jadik gelap plus mengelupas lagi. haisyhhh. tak boleh jadik ni. so i pun dengan penuh bersemangat mencari dan membeli sunblock. at last dapat gak. i beli yang jenama SUNPLAY tu. sebab boleh sapu kat muka ngan body sekali. i beli sunblock tu siap free beach first aid kit lagi tau. harga promosi lagi cuma rm28.90 je tau. hehe.


6) Duit. nak ingatkan awal2 yang kat pulau mana ade ATM sume tu. so better bawak duit secukupnya dari tanah besar. bak kata cik Sophie yang berpengalaman banyak kali bercuti ke pulau makanan kat pulau agak mahal skit. plus, mana tau korang kena sewa peralatan snorkeling ke, sewa naik bot ke. dah kena extra charge. kalau korang tak bawak duit cukup, takkan nak guna kulit cengkerang ke kulit siput tepi pantai tu pulak kan jadi sistem barter? hahaha. so malam ni nak kena g ATM cucuk duit. huwaaaa.


7) keselamatan. ingatlah orang tersayang. pesanan penaja gitu. cik Sophie cakap, kadang2 driver bot tu tak suruh pakai life jacket pun. tapi demi keselamatan, better korang kenal pasti kat mana kedudukan life jacket tu. huhu. takut pulak rasanya. laut dan ombak ni jangan buat main ohhh. bahaya. "ok, cik Sophie. terima kasih sebab ingatkan. hehe"


teheee... tak sabar nak tunggu malam ni. eksaited habis dah ni. muahahah. korang doakan i selamat semuanya kat sana yea. so, untuk korang yang memang ada plan nak bercuti ke pulau ni, tips-tips ni memang sangat berguna kan? sekali lagi, thankz kat cik Sophie sebab bagi information yang sangat berguna ni. hehe. bye korang =)

4 comments:

RazFiRa said...

wauuu bestnye g pulau.... nak ikot.. haha nyebok je... jgn lupe pkai sunscreen

Sophie Al-Yahya said...

ohh..thank you share sama.
=)

tak sia2 saya buat post pasal bercuti di pulau ni.

**hudalulu** said...

razfira : heeee. tak lupa pun pakai sunscreen.. tp beructi memang best pun.. hehe

**hudalulu** said...

sophie : welkam... input yang sangat berguna :)